Tuesday 7 May 2013

"Alhamdulillah, Sudah Menjangkau Angka 23"

Alhamdulillah, pada 30 April 2013 yang lalu genaplah umurku 23 tahun. Dalam tak sedar dan dalam kecepatan masa berlalu umur aku kini naik lagi satu anak tangga. Rasanya macam baru semalam jer aku bermain pondok - pondok dengan rakan sepermainan zaman kecil dulu. Macam tak percaya jer rasa umur dah 23 tahun lagi tujuh tahun baki untuk mencecah 30 tahun pulak. Memang pantas masa berlalu meniggalkan kita, samada kita sedar ataupun tidak masa tidak pernah menunggu kita walapun sesaat sekalipun. Dah 23 tahun ni macam-macam pengalaman yang aku dapat dan pelajari, orang kata pengalaman ini guru yang terbaik. Ada pengalaman suka...ada juga pengalaman duka, kedua-duanya aku raikan dengan gayaku yang tersendiri.

Menjangkau usia yang ke 23 tahun ini, membuatkan aku terfikir "apalah sumbangan aku selama ni kepada agama yerk?" "dah 23 tahun tapi macam takde pape pun yang aku buat", "ni dah 23 dah nak abes belajar ni, tapi macam ilmu tak banyak jer". Antara perkara yang sering bermain difikiran, orang dulu-dulu umur 23 tahun dah menyumbang pada negara, dah ada perkara hebat yang dorang lakukan. Kalau nak bandingkan aku dengan pejuang-pejuang dulu memang bagai langit dengan bumi lah dik non oiii, orang dulu-dulu umur 23 tahun ni dah membanting tanah dah, dah ada legasi yang dorang tinggalkan. Dalam sejarah ramai pemuda umur 20an mengegar dunia, kalau nak cerita panjang kisah dia last2 entri ni jadi entri sejarah plakk. Kalau nak tahu next entri aku nukilkan kisah pemuda 20an yang mencipta sejarah.

Hari aku sambut umur ke-23 ni dimulakan dengan ujian dan dugaan oleh Allah, orang lain sambut dengan riang dan rianya, aku sambut dengan ujian hati dan jiwa. Apapun, ucapan dari umi dan ayah membuatkan hati ini tenang dan suka sedikit. Ucapan dan doa dari ibubapa adalah yang mustajab dan diangkat oleh Allah, manenya tak gumbira lagi2 doa tuh adalah doa yang membawa kepada kebaikan. Ehehhh!!! Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan aku kepada kedua orang tua ku, semoga mereka mendapat keberkatan dari Allah. 

Tatkala hari istimewa datang Allah berikan ujian perasaan, pehhh tak boleh dibayangkan pagi tuh bila meseg yang ditunggu selepas meseg umi dan ayah aku tak mai-mai lagi. Memang mengundang mood tak best, dah lah memang masa tuh tengah serabut fikirkan pasal projek ilmiah yang nak kene sumbit bila-bila masa ni. Kononnya meseg yang ditunggu masuk dapatlah kurangkan sket mood yang tak best, alih-alih tunggu punya tunggu meseg tak timbul-timbul. Pasrah jerlah beb kalau tak masuk, hidup mesti diteruskan. hahahaha!!! apa nak buat semenjak layan hindustan dengan penuh perasaan jiwa makin kelaut sensitifnya mudah tersentuh tatkala mood tak best. Muka ganaz tapi dalam hati ada taman, hahaha!!!

Apapun terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang atas ucapan dan doa yang diberikan, sungguh rasa terharu atas ucapan dan doa kalian. Semoga kalian juga mendapat apa yang kalian doakan kepada diriku ini. Ehemmm, lastly untuk awak yang nakal terima kasih ye atas kejutan tuh, siyesly kalay takde hint memang jadi hero hindustan saya malam tuh. hahaha!!! setelah hampir 17 tahun takde sambutan, itulah kali pertama selepas 17 tahun ada yang sudi menyambutnya. Sangat terharu dengan apa yang awak lakukan itu, speechless sangat sangat. hahaha!!! Semoga yang terbaik juga untuk awak, banyak sangat ucapan dan doanya. hahaha!!!

Terima kasih Allah atas kurniaan yang kau berikan, sungguh hambaMU ini hamba yang kufur tetapi tetap jua engkau kurniakan nikmat kegembiraan setelah kau uji dengan ujian perasaan. Aku ni hamba yang banyak ingat KAU dikala susah dan sering melupakan KAU ketika senang. Sungguh kufur dan zalim diri ini, hanya kau yang dapat mengampunkan segala dosa yang aku lakukan. Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk KAU.

Ini saya dulu dan kini, hehehe!!! orang kata comelnya masih sama, maintainn kauuu!!!


Friday 4 January 2013

Menjelmanya 2013, Bersediakah Kita?


Assalamualaikum dan Salam Mesra, sudah lama rasanya jari – jemari ini tidak menari – nari di atas keyboard untuk melahirkan satu cetusan idea dan cetusan rasa. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi atas limpah dan nikmatnya, kita dapat bernafas tatkala saat membaca tulisan ini. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang untuk menikmati kehidupan harian di tahun baru 2013 ini. Rasanya jika dihitung dengan jari sudah empat hari 2013 menjelma saat 2012 meninggalkan kita empat hari yang lalu. 2012 meninggalkan kita dengan 1001 macam kenangan, yang lepas kita kenang untuk jadikan pengajaran. 2013 menjelma untuk kita mencipta pula 1001 macam kenangan yang baru, berdasarkan pengajaran dari kenangan yang lalu. Itulah kehidupan yang lalu(baca sejarah), mengajar kita untuk menghadapi hari esok supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama, dan berusaha menjadi yang terbaik.

Teringat kata George Santayana “Kita mesti mengalu – alukan kedatang masa depan, dan mengingati ia akan menjadi masa lepas. Dan kita perlu menghormati masa lepas,  dan mengingati ia pernah suatu ketika dahulu menjadi kemungkinan bagi manusia”. Kata – kata tokoh sejarah ini adalah satu kata yang mendalam maksudnya, dan hanya mereka yang celik dan bijak sahaja yang memahami. Tahun yang baru mendatang ini harus kita laluinya dengan suatu macam kehidupan yang baik, dan kita perlu pastikan hari – hari di dalam tahun baru ini kita mampu mencipta suatu kenangan sejarah yang dalamnya ada suka dan ada duka. Suka itu anugerah Allah bagi hambanya, dan duka itu ujian tanda sayang Allah bagi hambanya. Ini kerana tahun yang baru ini akan menjadi kenangan suatu hari nanti, dan kenangan inilah yang akan kita ingat sampai bila – bila kerana ia pernah menjadi suatu cerita dalam kehidupan kita. 2013, bagi kebanyakan dari adalah satu lembaran yang baru untuk kehidupan yang lebih baik.

Persoalannya sekarang, bersediakah kita? Bersediakah kita untuk berusaha menjadi yang lebih baik? Kalau sudah bersedia, apa persediaannya? Bersediakah kita untuk memikirkan kehidupan masa depan? Kalau sudah bersedia, masa lampau mana untuk menjadi rujukan? Semua yang kita mahu lakukan kita perlu ada persediaan, kalau kita mahu berubah menjadi baik, apakan persediaannya. Manusia mana yang perlu kita jadikan rakan, kata bijak pandai “Jika mahu menjadi harimau, rakannya mesti harimau. Jika mahu menjadi kancil, rakannya mesti kancil” maka pilihlah rakan yang baik untuk menjadi yang baik. Kalau mahu memikirkan mengenai masa depan, masa lampau mana yang perlu renungkan? Adakah masa lampau yang putih atau hitam? Sebagai manusia untuk kita menghadapi masa depan (baca : hari esok) lihatlah masa lampau yang hitam dulu, agar kita tidak mengulanginya lagi, tapi tenung kembali masa lampau yang putih agar kita dapat memperbaikinya lagi. 

Sebagai hamba di muka bumi ini, samada suka ataupun tidak kita perlu senantiasa membuat persediaan agar kehidupan dapat kita lalui dengan mudah. Sebagai hamba, ujian dari Allah itu akan sentiasa kita lalui, kerana tanda Allah sayang itu dengan memberi ujian. Tidak diuji juga merupakan satu ujian dari Allah, kerana mahu melihat sensitiviti kita terhadap kehidupan. Maka ini sudah menunjukkan bahawa, ujian dari Allah itu sentiasa ada, cuma samada kita sedar ataupun tidak. Semoga Allah menguji kita mengikut tahap iman kita, takut menjadi semakin kufur walaupun diuji. Untuk 2013 ini sudah bersedikah kita untuk menghadapi hari – harinya? Kita perlu memilih bermula saat ini, meneruskan kehidupan di 2013 sebagai hamba beriman atau sebaliknya. Kita perlu tetapkan hati, manusia apakah yang kita mahu menjadi selepas ini. 

Semuanya kita perlu fikirkan dengan bijak agar kita bersedia menghadapi kehidupan di 2013 ini. Semoga 2013 ini menjadi permulaan kepada perjalanan kehidupan kita yang lebih baik, dan kita mampu bersedia 100% untuk menjadi hamba yang baik kepada Ilahi. Semoga 2013 kita mampu mencipta kenangan indah yang pelbagai, agar kenangan ini mampu kita jadikan rujukan untuk masa hadapan. Bermula sekarang tetapkan langkah untuk menjadi yang positif dengan merenung kembali yang negatif (baca : muhasabah) agar persediaan mampu menjadi mantap. Semoga yang suka dan duka mewarnai kehidupan kita, agar menjadi hamba yang cemerlang, gemilang dan terbilang.