Thursday, 30 December 2010

"sejarah dinar emas dan dirham perak"

Salam mesra semua, entri kali nie aku nak post sumting yg boleh dikongsi bersama. Mengenai sejarah mata wang yg digunakan suatu ketika dulu, aku jumpa artikel nie mase tga syok2 explore harakahdaily, huhuhuhu. artikel nie aku copy dan paste dari harakah yg diambil dari blog emasdinar. aku rase bleh kowt dikongsi utk menambah ilmu kiter mengenai matawang yg nilai2 tak pernah jatuh, malah setiap hari akan naik nilainya, harap saudara saudari sekalian boleh lapangkan maser utk membaca sekejap artikel nie....

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.

Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.

Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.

Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.

Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.

Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.

Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.

Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.

Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.

Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

sumber : http://emasdinar.blogspot.com.







p/s :-
- result sem 1 tak capai target, tape usaha lagi utk sem 2 dan seterusnya, jadikan sem 1 sebagai pembakar semangat.
- program utk bwat kat skolah pengetua sudah luluskan, move to next step.

Tuesday, 21 December 2010

"shin chan puye hal..."

Mengagahkan jari jemari ku nak update blog nie, pelik rasenya tgk org yg ader idea nak update blog jer, aku nie asal nak update jerrr jadik blurrr tak taw nak tulis ape, so post kali nie lain dari yg lain, aku nak bwat entry pasal si budak nakal yg glamour kat Malaysia nie... hahahaha!!!, menjadi idola ikutan budak2 nakal yg lain, sebut jer nama dye semua kenal, budak nakal nie ialah Nohara Shinosuke a.k.a Shin Chan, hahahaha!!!. Geli hati aku tgk dye nie, lagi2 dye puye loyer buruk, bleh sakit jiwa org ngan dye, ader jer mender pelik dye nak bwat, memeningkan kepala org sekeliling, hahahaha!!! dari dalam rumah, luar rumah hingga kat skolah, sape yg dekat dgn dye konpem akan mengalami tekanan 360 darjah kepanasan yg melampau, nakal satu hal dye puye loyer buruk pehhhh kekadang sampai aku pown bleh terpengaruh. Buktinya nie ader scene2 yg aku potong utk buktikan loyer buruk tahap dewa dye...


hah klakakan memang brani mati puye budak, agak2 korangkan kalau lah ader dak betul2 mcm nie, mau kene lambung ngan omak dye, hahahahaha!!! org suruh pakai kat anjing dgn slampit mama dye yg kene, siap kate seswai ngan mama dye lagi tuh, hahahaha!!!!





hahahaha!!! sampai kat umah jiran dye pown dye bleh bwat pangai slampit dye, ske ske ati nak tumpang teduh or wateverrrr, hahahaha!!! sakit jiwa jiran dye dibuatnyerrr, kene nganjing ngan dak kecik, huhuhuhuhu!!! bayangkan kalau anak jiran mcm nie pangai, mau aku hambat dak ni...

nie antara kerenah si shin chan yg mengelikan hati penonton tak kire umur, samada dak kecik, dak besar, atau dak tuerrr skalipun, gelagat yg sangat mencuit hati tapi menyakitkan hati org sekeliling dye, hahahaha!!! bleh lah kalau nak tgk berulang kali mengilangkan rase bosan diri, sangat sukerrrr tgk shin chan nie, sampai skang still lagi aku tgk shin chan, tgk glagat dak2 nakal yg chomel...








p/s :
1. mintak2 kawen naty jgnlah dpt anak mcm nie, hohohoho...
2. pada ibu2 ngadung digalakkan jgn tonton citer nie, takut anak yg lahir pangai mcm shin chan, lalalalala...
3. sape2 yg sedang hati duka, digalakkan tgk glagat shin chan, pasti kembali sukerrr....


Thursday, 9 December 2010

"you're my everything..."

Salam mesra semua, untuk entri kali nie, agak jiwang skit kowt. saje jer nak post sumtin about love. asek story jer, kali nie layan perasaan lak, lagu nie sangat sangat best bagi aku, sbb ia mengigatkan aku pada seseorang. setiap bait2 liriknya memberi satu makna yg mendalam buat diriku, nie antara lagu cinta retro tapi sangat menusuk kalbu....




You're my everything
The sun that shines above you makes the bluebird sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

** You're my everything
And nothin' really matters
But the love you bring

You're my everything
To see you in the morning
With those big , brown eyes

You're my everything
Forever and a day
I need you close to me

You're my everything
You never have to worry , never fear
For I am near

When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yet so strong , my love

You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I swim within her ocean , sweet and warm
There's no storm , my love



p/s : ingat org blaja sejarah tak leh jiwang....


Wednesday, 8 December 2010

"Yang Mana Satu? USM or UM? (2)"

Assalamualaikum, Salam Mesra, dan Salam 1Malaysia. Post lepas aku dah critekan dgn slamber aku reject tawaran USM, bukan ape bagiku USM tuh tak kene ngan jiwa aku, plus tade faktor penarik lah beb. Berbalik pada hari keputusan UPU tuh, senaye bkn hari tuh tapi hari esoknyer, tapi disebabkan dunia nie canggih ader satu laman web kita bleh taw awal. Aku senaye nak tgk esok, tapi entah mahluk mane bgtaw mak aku, adoyai mak aku jadi semangat nak tgk. Nak ke taknak aku kene bukak gak, so aku bukak lah. Pas bukak satu yg tak diduga kuar, aku pown bacer dgn nada yg rendah 'harap maaf keputusan tawaran universiti tidak dapat disambungkan' hahahaha!!! skali salah saluran lah, tak silap aku dye ader 4 saluran maser tuh. So aku tak jadi tgk, aku kata kat mak aku tgk malam skit sebab skang ramai tgk so surver lembab skit. Kerana dah taw keputusan universiti dah bleh tgk, aku mmg tak penah tenang dari pagi sampai ke maghrib. Nak tenang camner, tgn rituh dah gatal pegi reject tawaran USM, kang tak pat yg kat UPU mau berputih mata aku, mau menangis tak sudah, taknak aku tunggu rayuan2 nie.

Make the story short, aku pown masuk lah laman web MOHE sbb nak tgk result ipta camner, tapi..... pehhh dye puye lambat hanya Allah yg taw. Masuk jer tunggu 5 minit dpt lah page suh isi I/C n aku tekan lah next, ingt bleh trus dpt skali dye men drama lak, dye puye slow...Ya Allah sabar jerlah, lama giler aku tunggu... 5 minit tunggu pown tak abes lagi, mase tuh tak silap aku dah masuk waktu utk solat maghrib, lama sgt nunggu aku tutup screen komputer pastu aku solat. Tak tentu arah di bwatnyer, nak solat pown tak tenang. Bukan aku jer, mak aku pown same. Memasing nak taw ape keputusannya, yelah 3 tahun aku nunggu nak masuk ipta nie, kalau kat spm tade rezeki, harap2 kat stpm ader lah rezeki, pas solat cam biasa aku doa then solat hajat, abes jer.... aku trus bukak screen PC alangkah terkejutnyer aku apabila aku bukak jer, satu keputusan aku taleh trime sebab lama aku tungu last2 tade pape yg kuar, puye lama dye nak amek masa loading page keputusan tuh, tak senunuh betol, aku ingat pas aku solat dah abes lah, uper-upernyerrr blom lagi, mencabar keimanan betul. Hampehhh aku kata, tetibe laman web tuh makin dapat n penuh, sikit sikit kuar warna2 n tulisan(mcm korang bukak fb, skit skit kuar).

Pehhhh... sampai jer kat tang jawapan tuh, booommmmm!!!! page tuh jadik penuh. Alangkah terkejutnyer aku apabila tulisan nie yg kuar :-
'Tahniah!!! anda telah ditawarkan menyambung pelajaran di Universiti Malaya bagi sesi 2010/2011, kursus sastera"
dye puye sonok mmg tak ingatlah beb, tyme tuh trus aku jerit kegirangan mane taknyer 3 tahun nunggu akhirnya dapat gak aku masuk ipta yg aku nak sgt sejak dari bangku skolah menengah, pada hal tyme tuh mak aku still solat tak silap aku, mmg slampit n ske ske jer... abes jer mak aku solat, dye pown tgk mcm biaser ahhh beb, mak aku puye sonok bukan kepalang ahhh, anak sulong dye dpt ipta UM lak tuh. Nie baru mak aku blom ayah aku lagi, cian ayah aku nie... dye ngidam aku masuk ipta sejak spm gak, tapi apekan daya tyme tuh aku blom dpt hidayah nak blaja nie lagi. Tapi semua tuh dah berlalu, skang aku dah dpt ipta yg aku mau, so aku akan truskan perjuangan aku nie, no more turn back!!! no more loser!!!, of course lah aku trime masuk UM, gilerrr ape nak tolak. Banyak faktor penarik UM nie yg bwat aku nak apply rituh n trime tawaran, tapi takyah kowt nak bgtaw, biar aku yg taw sengsowang dah. Ahhhhhh, pas taw keputusan n nak2 itu yg kita dpt, aku sangat relief n aman serta damai, syukur pada Allah. 2 minggu di rumah then pastu bermula hidup aku sebagai pelajar sejarah sepenuh masa Universiti Malaya. Kira keputusan aku reject USM adalah satu keputusan yg tepat n bijak bestari....

So byk lagi aku nak kongsi sepanjang 4 bulan di UM mula dari hari pendaftaran hingga akhir peperiksaan, 4 bulan pertama as a universiti student, satu pengalaman lain dari yang lain...

Tuesday, 7 December 2010

"Yang Mana Satu? USM or UM? (1)"

Assalamualaikum, Salam mesra, dan Salam 1Malaysia. Post kali nie aku nak story skit pasal , agak menarik utk dikongsi bersama, memandangkan aku sendiri tak taw ape nak tulis, so tulis jerlah crite nie. Selang 3 4 bulan result STPM kuar, dah isi borang upu semua so kami dijanjikan yg keputusan universiti akan kuar dalam bulan 6 camtuh lah. Nak taknak tunggu jerlah dgr redha dan hati yg sabar, sambil menunggu kehidupan dijalankan seperti biasa. As for me, aku mcm biasa jadi drebar anta adik bongsu aku pegi skolah, tiap2 hari(bila lagi nak berbakti bwat kuarga). Chopppp!!! lupa lak, ader 2 universiti tak der dalam UPU iaitu USM n UiTM, hmmmmphhhh.... aku pown cuberlah nasib try mohon USM, cam biasa first choice aku amek sejarah(fanatik beb) n bla....blaa...bla... kursus yg len. Tyme nunggu nie, semua aku bwat doa n solat hajat hari2(memang tawakal) mohon ader rezeki masuk IPTA. Dipendekkan crite tyme aku bwat satu program kat Cheras, keputusan tawaran USM dikatakan kuar, aku yg bgtaw member form 6 aku, dye kata kalau dapat meseg masuk. Dah tak semena mena aku ngadap enset dari ngadap program, gemuruh beb mane tak gemuruhnyer aku ader try mohon USM. Saat yg ditunggu telah tiba,tetibe bunyi meseg(bygkan bunyi meseg NOKIA) cuak gak nak tekan, dgn perasaan yg seram2 sejuk aku tekan butang 'read', dgn penuh penghayatan aku bacer meseg nie yg bila bacer bunyinya mcm nie:-

"Tahniah!!! Anda ditawarkan menyanbung pelajaran di Universiti Sains Malaysia", woh dye punyer sonok bukan kepalang ahhh, so aku tepon mak aku, aku ckp aku dpt USM, mak aku pown sonok gak ahhhh, ibu mane tak sonok anak dpt IPTA... USM lagi tuhhhh. Tapi yg sengal nyer, ape kos aku dpt tak dibgtaw...hey ape da??? tertanya tanya aku, trus ilang fokus mmg, dalam otak aku ape kos aku dpt, pasal program? kejap ade kejap tade, yg aku fokus ape kos aku dpt? nak ke taknak pegi USM, setiap minit aku pk nak ke taknak, tyme tuh yg dah tekan butang trime kawan aku 3 org tak silap aku, 2 org kos same sorang lagi kos len. Setaw aku sape dah trime, borang UPU takkan di proses, pehhh nie crite seram mane lak nie. Dipendekkan citer lagi, abes program lepas most mortem aku tak pk byk aku pecut kete blek umah nak tgk ape kos aku dpt, sampai2 jer kat umah aku on9 n tgk USM kos yg aku dpt pehhhh skali 'pengurusan binaanlah' ape puye kos aku pown tak taw, tak kene ngan jiwa aku tol. Dah ahh dye bagi kursus aku tak taw mender, nak tgk overview kursus dye tak bagi lak.

Jadi tak menentu aku di buat nyer, jadi aku pown short the story dgn tawakal pada Allah aku tekan butang tak terima, pehhhh blagak siot. Kalau org len dah syukur, tapi aku taw ape aku bwat, ini semua percaturan dari Allah, sebab Allah tahu ape yg terbaik utk hambanya, lagi2 dak mcm aku, kalau aku trima mau giler aku, jauh USM tuh Pulau Pinang kowt. wohhhhhhh!!! tak bleh tak bleh, mak aku kata lak "tapelah terpulang pada along, mungkin rezeki along kat UM kowt. So tawaran USM aku tolak selepas berpk 15 minit, oklah tuh dari tak pk langsung. Nak dijadikan crite tibelah hari kuarnya tawaran IPTA bagi yg isi borang UPU, so kalau nak taw bacer sambungannya, kang aku tulis semua crite nek bosan kalau bace bebyk nie so ikuti sambungannya.....

Saturday, 4 December 2010

Berubah Wajah Dan Konsep Yang Baru.

Assalamualaikum, Salam Mesra Dan Salam 1Malaysia. Hmmmphhhh dah lama rasenya aku tak tulis blog nie, agaknya dah 3 bulan kowt. Skang aku gagahkan jari jemari untuk menaip setiap perkataan drpd huruf2 di lappy nie, pehhh keblurrrannya tidak buleh diucapkan. Utk post kali nie, hanya mau perkenalkan blogku yang mengalami sedikit make over dan telah bertukar konsep. Konsep yg dulu dah tak seswai dgn keadaan skang, dari seorang yg menyepi aku kini aktif dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar. Konsep kali nie aku akan lebih menceritakan kisah hidupku yang menarik agar dapat di kongsi bersama(yg umum jer, peribadi nope...), mengenai mereka? ini lak crite mengenai masyarakat di luar sana, aku nie jenis yg ske bwat pemerhatian n lastly dari pemerhatian, aku akan bwat konklusi agar ianya menjadi panduan kpd aku agar tidak membuat kesalahan yg sama bagi yg salah atau menjadi contoh kpd aku bagi perkara yg baik n atas landasan islam.

Mengenai sejarah? inilah yg paling best, kalau bab sejarah nie aku mmg fanatik giler. Mcm org fanatik dgn benda2 yg dorang ske, nak2 sejarah nie pasal sejarah melayu n islam, aku bleh duduk sejam utk dgr pasal citer atau bacer bukunyer, keseronokannya tak terhingga. Itu sebab konsep blog aku dah bertukar, akan ada post2 untuk cerita2 sejarah agar menjadi pengajaran kepada kita semua. Inilah konsep baru yg cube aku tonjolkan dalam blog aku yang terkini, tiga dalam satu senang citer. Tiga kisah dalam satu cerita, tapi yang pastinya "Aku, Mereka, dan Sejarah" tidak boleh dipisahkan, itulah aku yang sekarang.