Thursday, 4 August 2011

Tersentaknya Hati Sang Pejuang…

          Assalamualaikum dan Salam 1 Khilafah, masih belum terlewat ku kira hendaknya jika mahu mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak. Bulan yang ditunggu oleh semua umat islam, yang datangnya hanya setahun sekali 12 bulan 30 hari. Bulan yang penuh barakah yang mana ditutup pintu NERAKA dan dibuka pintu SYURGA. Bulan yang menyaksikan pelbagai peristiwa – peristiwa sejarah yang berlaku antaranya PERANG BADAR dan turunnya KALAMULLAH yakni ALQURAN KAREEM. Semoga ibadah kalian dalam bulan yang penuh barakah ini diberkati dan diredhai ALLAH AZZAWAJALLA.
          Untuk entri kali ini penulis ingin berkongsi satu benda yang barangkali bisa membuka mata hati kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini. Satu perkongsian yang dialami sendiri oleh penulis disaat menulis akan artikel ini. Satu perkongsian yang boleh diambil pengajaran dari apa yang berlaku. Mungkin tidak sehebat mereka yang ilmunya tebal didada, pengetahuannya menjangkau lautan samudera, dan amalannya hebat bak gunung yang tinggi laut yang dalam. SUBHANALLAH!!! hebat percaturan ALLAH dalam kehidupan ini, pelbagai jenis perisa UJIAN yang menarik yang mampu DIA YANG ESA berikan, samada kita sedar ataupun tidak. UJIAN yang pelbagai untuk GANJARAN yang setimpal, tiada manusia yang tahu akan hebatnya suatu UJIAN itu untuk dirinya pada masa hadapan, jika ramai manusia tahu akan hikmahnya nescaya ramai yang akan berdoa untuk diberikan UJIAN.
           Pernakah anda rasa satu perasaan yang mana, sedang anda duduk leka dengan aktiviti yang bermacam aneka ragam, tiba – tiba dek sepotong ayat ataupun dek satu keadaan, anda menjadi tersentak!!! seperti satu panahan yang tepat terkena pada si hati yang bisa membuatkan anda terpaku tanpa sebab. Lama Kelamaan, kesentakan itu berubah menjadi satu perasaan yang anda sendiri tidak dapat mengenal pasti apakah ia. Satu perasaan yang membuatkan anda mula berfikir mengenai sesetengah perkara yang sukar untuk dirungkai akan persoaalannya. Tentu pernah bukan, insan mana yang tidak pernah tersentak? Sila beritahu penulis siapa yang tidak pernah tersentak? Inilah yang berlaku kepada penulis saat ia menulis akan artikel ini.
             Sang Pejuang Islam itulah akan gelaran yang aku berikan kepada diriku, bagiku hidupku ini telah ALLAH tetapkan sebagai pejuang, dari kecil hingga sekarang. Untuk terus hidup aku akan terus berjuang di atas landasan SYARIAT ISLAM yang sebenar. Walapunbegitu, kadang kala sang pejuang ini melalui pelbagai keadaan yang medidik dirinya menjadi pejuang islam. Samada keadaan kesenangan atau kesusahan, aku anggap kedua – dua ini sebagai ujian. Pernah juga sang pejuang ini tersentak dek kerana perbuatannya sendiri, aku ini bukan insan sempurna tak juga insan yang berperangai seperti pejuang – pejuang islam yang telah mendapat TITLE pejuangnya itu. Tapi aku berusaha untuk menjadi seperti yang aku impikan, kerana aku percaya dan yakin ALLAH akan bersama dengan aku dalam setiap usaha perjuangan aku.
             Banyak kali aku tersentak dengan perbuatanku, sampai satu tahap aku berfikir dengan satu persoalan yang aku sendiri tidak mampu merungkaikannya, “adakah aku layak hidup di muka bumi ini?”, dengan pelbagai perkara aku lakukan, layakkah sang pejuang ini yang mengatakan dirinya sang pejuang islam hidup di muka bumi ALLAH ini dengan nikmat yang ada. Hanya satu aku bisa katakan, sepertinya aku tak layak untuk hidup!!! aku ulang sekali lagi, sepertinya aku tidak layak untuk hidup!!! Malu dan Segan bermain dimindaku dengan perbuatan yang aku lakukan, kadangkala lagi baik buruknya dari yang baik. Tapi aku percaya bahawa ALLAH maha pengasih dan penyayang, selagi mampu selagi itu aku akan berusaha untuk mengawal tingkah laku perbuatanku.
           Persoalan yang selalu juga bermain difikiranku, “adakah aku layak untuk mendapat srikandi yang baik buat diriku?”, YA ALLAH!!! satu perkara yang sampai ke hari ini jika ia melintas difikiran tak mampu aku jawab. Antara perkara yang akan membuatku terdiam, kadangkala sampai satu hari, boleh jadi sampai 2 hari. “lelaki baik untuk perempuan yang baik, lelaki jahat untuk perempuan yang jahat”, MASYAALLAH!!! dimanakah kedudukan aku disaat ini, baik ka? jahat ka? hanya ALLAH yang maha mengetahui. Perasaan ini yang selalu membuatkan mood aku hilang begitu sahaja, sebab khuatir satu hari nanti jika aku mendapat yang BAIK untuk diriku, aku sendiri yang menjadi pengkhianat dalam hubungan itu, dek kerana diriku yang JAHAT!!! aku ulang sekali lagi!!! takut menjadi pengkhianat dalam hubungan itu, dek kerana diriku yang JAHAT!!! yang memang janji ALLAH itu pasti, tapi ada juga sesetengah perkara “lelaki jahat untuk perempuan baik”, keran UJIAN bagi SRIKANDI dan satu bukti ALLAH menyayangi sang LELAKI untuk berubah kepada kebaikan, siapa tahu kan? tidak mampu untuk aku meletakkan diriku sebagai LELAKI BAIK dan tidak pula aku mengistiharkan diriku sebagai LELAKI JAHAT. Saat ini aku hanya mampu untuk berusaha selagi hayat dikandung badan untuk menjadi yang BAIK, kerana aku ialah SANG PEJUANG!!! Jika ditakdirkan aku mendapar PEREMPUAN BAIK sebagai teman hidupku, tidak dapat aku gambarkan kesyukuran ke atas kurniaan nikmat ALLAH itu.
            Kadangkala, tersentak diri sang pejuang bila memikirkan akan KELUARGANYA. YA ALLAH!!! selama aku hidup ini apakah jasaku pada mereka? sebagai anak sulung apa yang aku lakukan kepada adik – adik ku? jauh sekali perjuangan ku untuk meraka, bagaimana aku boleh mengatakan diriku ini sebagai sang pejuang. Persoalan yang mampu membuatkan aku mengalirkan air mata LELAKi ku, yang terpendam. Kadangkala, bisa membuatkan aku menangis tatkala EMOSIku terganggu. Aku bukan anak yang baik, tak juga abang yang boleh dijadikan contoh. Tetapi aku sering mencuba untuk menjadi yang BAIK bagi mereka. (tak boleh nak teruskan, silap haribulan menangis kat kedai nie hah)
             YA ALLAH, jika perbuatanku selama aku hidup dan bernafas dimuka bumiMU ini ialah perbuatan SANG KUFFAR, kau ampunlah dosaku YA ALLAH. Kadangkala, aku tidak sedar akan perbuatan yang aku lakukan. Aku perlukan petunjukMU, kau bantulah aku dalam perjuanganku ini. Hanya kau tempat aku mengadu akan kesakitan, memohon keampunan, dan bermacam – macam. Kerana KAU tali aku bergantung, tanpaMU aku ibarat layang – layang yang terputus talinya. Jangan kau tinggalkan aku dan jangan kau tarik nikmat hidayah ISLAMku ini selepas kau memberinya.
             Wahai srikandi yang bakal menjadi teman hidupku, terimalah aku seadanya. Kerana aku juga manusia biasa yang bisa melakukan pelbagai kesilapan, ku mohon ampun dan maaf jika aku tidak bisa menjadi yang BAIK bagi dirimu. Ku mohon ampun dan maaf juga jika dirimu MALANG mendapat diriku, maaf kerana membuatkan kau tidak mendapat jodoh yang BAIK seperti yang kau idamkan. Kesyukuran yang teramat sangat jika kau yang BAIK menerima diriku seadanya, dan tidak mengharap sesuatu yang tidak mampu aku laksanakan. Aku akan berusaha menjadi yang BAIK buat dirimu kerana ALLAH, kerana aku adalah sang pejuang. Maaf yang teramat sangat jika diriku yang tidak BAIK ini menjadi jodoh dan teman hidupmu, semoga ALLAH tetapkan kepanjangan JODOH kita hingga ke SYURGA kelak. INSYAALLAH!!!
            Semoga semangat sang pejuang dalam diriku tidak lentur dek kerana perbuatanku sendiri, semoga semangat perjuangan ini kekal hingga ke akhir hayat ku, semoga semangat perjuangan ini mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH, semoga semangat perjuanganku ini dapat diwarisi oleh keturunanku satu hari nanti, semoga aku sang pejuang menjadi sejarah dalam hidup mereka. Akan aku berusaha menjadi SANG PEJUANG ISLAM untuk orang disekelilingku, biar tubuhku menjadi benteng untuk mempertahankan akidah ISLAMIAH mereka, biarkan aku yang sakit asalkan mereka sihat untuk menjadi HAMBA ALLAH yang sejati. Insyaallah!!! TAKBIR!!!

“satu nukilan untuk dikongsi bersama, persoalan yang pelbagai yang mampu membuatkan kita sebagai manusia berfikir untuk merungkai jawapannya”