Monday, 26 September 2011

Gurindam Alam Melayu...

Assalamualaikum dan Salam 1Khilafah, sedikit gurindam untuk kita hayati dan fahami maksudnya. 

Alam Melayu Banyak Negerinya,
Hindu-Buddha Kepercayaan Mulanya,
Datang Ahlul-Bait Ubah Semuanya,
Agama Islam Pilihan Utama.

Ahlul-Bait Datang Diraikan Kesemuanya,
Menjadi Pembesar Penasihat Raja,
Islam Menjadi Tunggak Utama,
Dalam Melaksanakan Sistem Politiknya.

Perundangan Islam Hukum Kanunnya,
Quran Sunnah Perlembangaan Negera,
Bangsa Hina Pinggirkan Ugama,
Bangkit Mulia Daulatkan Ugama.

Institusi Raja Tunggak Utama,
Sangat Hebat Daulat Kemuliaannya,
Keturunan Ahlul-Bait Kesemua Rajanya,
Menjadikan Ia Bertambah Mulia.

Raja Melayu Hebat Darahnya,
Mengalir Darah Junjungan Mulia,
Nabi Muhammad Nenek Moyangnya,
Dari Baginda Lahirnya Mereka.

Besar Jua Amanah SiRaja,
Menggalas Islam Itu Tugasnya,
Bayangan Allah Gelaran Mereka,
Sampai Kiamat Itu Gelarannya.

Hang Tuah Laksamana Melaka,
Tun Mutahir Bedaharanya Pula,
Kedua Mereka Taat Setia,
Untuk Memuliakan Institusi Beraja.

Adat Melayu Pantang Derhaka,
Perintah Raja Diikuti Semuanya,
Bukan Ikut Membabi Buta,
Kepada Allah Tawakal Hendaknya.

Nabi Muhammad Pernah Bersabda,
Bawalah Islam Sampai Ke Samudera,
Sabda Baginda Benar Belaka,
Lahir Walinya Ramai Tak Terkira.

Janji Allah Itu Pasti,
Apabila Tiba Masanya Nanti,
Melayu Bangkit Membawa Panji,
Agama Islam Berdaulat Kembali.

Jangan Dipersenda Bangsa Melayu,
Mereka Bukan Bangsa Yang Layu,
Sekali Berjihad Bepusu – Pusu,
Untuk Pertahankan Tauhid Yang Satu.


Gurindam Alam Melayu.
ciptaan : Ahmad Fitri.

p/s : jika ada rangkap yang sama atau lebih kurang sama, mohon maaf daripada saya kerana tidak disengajakan.