Subhanallah, itu yg mampu aku kuarkan ketika menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Kelebihan yg diberikan Allah kepada batang tubuh bernama Yusri Abd Halim, yg mampu menghurai sedikit perihal sejarah ke dalam sebuah penceritaan. Satu usaha yg perlu dipuji dek kerana dia mampu membuat sesuatu yg org lain fikir tidak mampu dan tidak berani untuk melaksanakannya. Satu teknik hebat yg dipamerkan dalam filem ini, bagaimana seorang anak melayu yg mampu menyatukan 2 buah puak dari satu kampung menjadi satu utk menentang kejahatan geruda yg rakus membunuh ibarat Yakjuj dan Makjuj, walaupun yg sebenar mengikut mitos Hikayat Merong Mahawangsa geruda sebenarnya ialah seekor burung garuda bukan kumpulan manusia jahat. Tapi bukan itu masalahnya, yg penting kualiti filem ini sangat menakjubkan. bagaimana ditunjukkan 3 hubungan diplomatik telah wujud walaupun tidak sengaja ianya berlaku, tapi kalau ianya kehendak Allah ia akan berlaku juga. itulah hubungan diplomatik antara 3 negara iaitu empayar rom, empayar china, dan kerajaan melayu yg baru muncul iaitu langkasuka yg diasaskan sendiri oleh Merong Mahawangsa.
Ini sudah cukup membuktikan betapa hebatnya kerajaan melayu di alam melayu ini, suatu rahmat dari tuhan yang esa yakni Allah tuhan sekalian alam, yang maha mengetahui ape yg berlaku sebenarnya. sudah cukup untuk ia menyuntik kembali semangat kepada anak2 melayu generasi kini yg kian terpesong dek permainan tipu helah dunia. Allahuakhbar, bagaimana suatu ketika dulunya melayu sangat hebat dipersada antarabangsa dunia, sehinggakan ramai yg dtg utk m'jalankan hubungan diplomatik dan ader yg sanggup utk menjajahnya. inilah kehebatan yg dianugerahkan Allah kepada hambanya sehinggakan ianya pernah digelar bumi barakah akibat sumber2 yg terlalu banyak hendaknya. kerajaan melayu bertambah hebat apabila menerima roh keislaman di dalam kehidupan mereka, Subhanallah. bagaimana kita lihat dari mengamalkan agama hindu bertukar menjadi agama islam dan menjadi hamba yg memartabatkan islam di dalam pemerintahan mereka, hudud itu undang2 nya, sifat 20 itu keyakinannya, rukun iman panduan imannya, rukun islam asas akidahnya, dan al quran serta hadith panduan kehidupannya.
inilah melayu yg dahulu, pemuda pemudinya ibarat panah yg berterbangan pantang negeri, bangsa, dan agamanya dihina. pantang melayu agamanya dihina, pantang melayu negara dicerca, pantang melayu bangsa dikata. kemana perginya pemuda seperti hang tuah, mane ilangnya pemimpin seperti tun perak, mane dye srikandi sehebat tun fatimah yg mampu membuat lembut hatinya sultan mahmud. sejarah yg lepas bukan utk dibanggakan tetapi ianya utk dipelajari dan dikaji utk hari ini. jikalau dulu kita mampu menjadi negara yg hebat dipersada dunia, kenapa kini kita menjadi yg kerdil di persada antarabangsa ini, manakah silapnya ini?. kita hebat kerana islam panduan kita, hudud undang2 kita, quran dan hadith rujukan kita, Allah pergantungan kita. itulah melayu yg dulu, melayu mulia kerana islam bukan islam mulia kerana melayu. apabila jauhnya melayu dari islam kemuliaan itu sikit demi sikit ilang dek tiupan angin keduniaan yg fana ini, pemuda2 serta pemudi2 yg hebat dahulu mula pupus ditelan dek zaman, sedkit demi sedikit mula berubah jati dirinya.
mane perginya melayu yg mengagungkan islam suatu ketika dulu, yg sanggup berjuang menentang penjajah bagi mempertahankan islamya dari dijajah, aku rindu pejuang spt mat kilau, tok janggut, dan lain2 pejuang. mereka sanggup hadiahkan tubuhnya untuk ditembusi peluru2 sang kafir agar anak cucu cicit mereka agama islamnya tidak dapat ditembusi dakyah jahat si kafir. Subhanallah, sangat dahsyat mengorbanan mereka. aku mengharapkan dan berdoa agar islam dapat kembali untuk memuliakan melayu kembali hanya itu yg mampu membuatkan anak melayu kembali ke jalan yg lurus iaitu islam cara hidup dari siang sampai ke malam, 24 jam sehari, 30 hari sebulan, 365 hari 12 bulan dan 12 bulan 1 tahun. islam adalah segala galanya. renung2 kan wahai anak bangsa agamaku.....
p/s : 1. perut mula meragam, rupa rupanya gastrik sudah kene, sabor jerlah...
2. assigment kene siapkan lagi 4 minggu nak abes sem, so chaiyok2...

3. komen pleaseeeee...
No comments:
Post a Comment