Saturday, 18 June 2011

“Hadith Mengenai Ahlul Bait”

          Assalamualaikum dan Salam 1 Khilafah Islamiah, tertarik untuk menulis entri baru di blogku ini, satu entri yang bakal mengenalkan sesetengah orang mengenai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.  Keturunan baginda yang digelar Ahlult Bait, Ahlul Bait yang telah mewarnai persekitaran manusia dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Ahlul Bait yang diangkat Allah sebagai pemimpin manusia ke arah mendapat keredhaan Ilahi untuk bersama – sama memasuki Syurga yang abadi.

          Berkembangnya Ahlul Bait Rasulullah S.A.W di muka bumi Allah ini, adalah melalui cucu baginda,  Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein, dari kedua cucu baginda inilah lahirnya keturunan2 Rasulullah S.A.W yang mewarnai dunia dakwah semenjak wafatnya nenda mereka pada tanggal 12 rabiuawal. Jasa Ahlul Bait ini sangat besar dalam dunia penyebaran Islam sehinggakan di Alam Melayu mereka di beri penghargaan yang tidak terhingga.

Berikut adalah hadith – hadith yang disabdakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita mengambil ikhtibar dari hadith – hadith yang di sabdakan oleh junjungan besar kita ini.

1.      Rasulluah SAW berpesan : “ Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka : Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku… ahlul baitku. Sesungguhlah kedua – duanya itu tindak terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (Telaga Nabi di Syurga)

2.      “Bintang – bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedangkan ahlul baitku keselamatan bagi penghuni bumi. “ (HR Ibnu Syaibah, Ibnu Asakir, Al – Hakim)

3.      “Ahlul Baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.” (HR Al – Hakim dan At – Thabarani)

4.      “Bintang – bintang merupakan (sarana) keselamatan dari bahaya tenggelam bagi penghuni bumi 
       (yang sedang belayar), dan ahlul-baitku adalah sarana keselamatan bagi umatku dari bahaya   pertengkaran. Bila ada sebuah kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan bertengkar kemudian menjadi kelompok Iblis” (HR Al-Hakim)

5.      “… Mereka (ahlul-bait baginda) – adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang – orang seperti itu Allah tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku).” (HR Al-Hakim)

6.      Sabda baginda lagi : “ Syurga diharamkan bagi orang yang berlaku zalim terhadap ahlul-baitku dan mengganguku melalui keturunanku.” (HR Imam Ahmad)

7.      “Mahdi ialah dari kami ahlul-bait, Allah membawakan kebaikan dengannya pada satu malam.”

8.      “Wasiatkanlah kebajikan bagi ahlul-baitku. Pada Hari Kiamat besok kalian akan ku gugat mengenai ahlul-baitku. Orang yang kelak menjadi lawanku ia menjadi lawan Allah, dan siapa yang menjadi lawan Allah ia akan dimasukkan ke dalam neraka.”

9.      “Barangsiapa mencintaiku dan mencintai keduanya itu- yakni Al-Hassan dan Al-Hussein – serta mecintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidan ‘Ali – kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat.” (HR Imam Ahmad bin Hambal)

10.      “ Pada Hari Kiamat aku akan menjadi syafi’ (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.” (HR Imam Ahmad bin Hambal) 

Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa Aala Alihi Saidina Muhammad.

          Dengan hadith – hadith mengenai Ahlul-Bait ini, maka dapatlah kita ketahui kewujudan mereka serta bertambahlah kasih dan sayang kita kepada Ahlul Bait Nabi, ini kerana darah yang mengalir di dalam tubuh badan mereka ialah darah mulia junjungan besar Muhammad S.A.W. Bersama – samalah kita menjadi umat Islam yang sama2 dengan Ahlul Bait dalam persada dunia dakwah Islamiah ini.

          Apabila sampai masa dan janji Allah, akan datang seorang manusia yang akan memimpin manusia ke arah kehidupan yang baik dan diredhai Allah, manusia itu ialah Al – Masih Mahadi @ Imam Mahadi, yang datangnya dari keturunan Nabi Muhamaad S.A.W dan terang2 seorang Ahlul Bait. Semoga kita menjadi orang akan membaiah Imam Mahadi dan berjuang bersama – sama dengan beliau bila sampai waktunya.

        Semoga Allah memberkati dan meredhai kesemua kerja2 dakwah yang dilakukan oleh Ahlul Bait Rasulullah S.A.W, dan semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada Ahlul Bait yang telah melalui kehidupan bukan seperti kehidupan seorang Ahlul Bait. AMIN!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

Tunggu entri berikutnya “AHLUL BAIT PEWARIS RASULLULLAH S.A.W”



 




1. semoga sentiasa bersemangat dan beristiqamah dalam perjuangan.
2. hanya mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Ilahi dalam perjuagan ini.
3. masih mencari kerja dan menunggu untuk panggilan kerja.





Sunday, 5 June 2011

"Melahirkan Pejuang Untuk Islam"

          Assalamualaikum dan salam 1 Khilafah Islamiah, rasanya seperti sudah lama tidak mengemaskini ruangan bicara hati ku ini, satu perasaan yg tidak senang melihat ruangan ini dipenuhi habuk2 kekosongan sehinggakan tidak terisi dengan sedikit perkongsian yang memanfaatkan. Terdetik untuk menulis bagi satu perkongsian yang diharapkan dapat m’beri manfaat bersama. Manfaat kepada saya, awak yg bakal menjadi isteri saya, dan semua umat manusia yang berugama islam. “Melahirkan Pejuang Untuk Islam”, satu perkongsian yg menarik untuk diberitahu kepada satu dunia, bagaimana saya jadikan ia sbg antara cita2 dalam kehidupan saya ini. Semoga saya mendapat wanita muslimah soleha sebagai seorang isteri yg sanggup berkongsi cita2 ini bersama dgn saya bagi merealisasikan impian ini. 

          Kalau dikaji latarbelakang pendidikan saya, hanya seorang mahasiswa di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bukan mereka yg berpendidikan agama yg khas. Sekolah agama pown dari Form 1 sampai Form 5, tadelah hebat mane ilmu. Tapi ini semua tak menghalang saya untuk menyimpan cita2 sebegini rupa, satu cita2 utk Islam semata-mata kerana Allah. “Alah ko bukan budak agama pown, tak payah semangat nak simpan cita2 mcm nie”, hah? Yer ker? So budak2 agama jerlah yg bleh simpan cita2 nie? Abes aku yg tak blaja agama nie? Just diamkan diri n tak payah nak sumbangkan ape2 kpd islam? Kalau mcm tuh ape guna aku jadi org islam kan? Huhhhh!!! Kate2 mcm nie tak payah nak layan, ini hanya omongan manusia yg dengki dgn manusia yg punya semangat utk menyumbang kpd agama. Bagi saya selagi saya memegang kalimah tauhid dan islam sebagai cara hidup, selagi itu saya akan berusaha menyumbang kepada islam. 

          Kau nie pandai ke hukum hakam bagai? Ilmu agama hebat sangat ke?, sampai nak ckp pasal lahirkan pejuang islam bagai, layak sangat ke? Choooppp!!! Kalau tak pandai bley jadi pandai kan? Kalau tak hebat bley jadi hebatkan? Kalau tak layak bleh jadi layakkan? So knape dipersoalkan niat baik manusia kan? Allah tidak memandang keputusan tetapi usaha ke arah keputusan itu. Maaf lah der, nak lahirkan pejuang kene didik diri dulu jadi pejuang. Yup saya setuju dgn statement nie, untuk lahirkan pejuang kita kene dulu didik diri menjadi pejuang. Awak nak didik anak awak jadi pejuang yg bom2 tuh ker? Owhhhh tidakk sesekali tidak, nahi kabhi nahi kate Hindustan. Pejuang yg saya impikan utk dilahirkan kedunia, ialah seorang pejuang islam yg mampu mendaulatkan islam, mampu memartabatkan islam, mampu utk menjadikan islam teras kehidupan, mampu mengatakan “tidak!!!” kepada anasir2 batil, mampu memperjuangkan kebenaran hakiki, mampu menjadi professional yg menjadi islam batu asas kerja keprofessionalnya, dan mampu mempertahankan islam disaat islam dipijak2, diperkotak katikkan, persis Zaid bin Harithah mempertahankan islam, umpama Abu Bakar as-siddiq yg sanggup menyerah segala harta kpd islam serta menyerahkan keperluan anak isterinya kpd Rasul dan Allah. 

          Saya ingin melahirkan pejuang islam yg sanggup meninggalkan zaman remajanya hanya untuk melihat Palestin di tawan balik oleh Islam iaitu Salahuddin Al-ayubi. Inilah cita2 saya, yang mana anak2 saya dan keturunan dari benih2 saya dpt menyumbang kpd islam pada zaman mereka, mampu menjadi mereka yg membaiah Imam Mahadi yg bakal muncul bila2 masa mengikut ketentuan ilahi. Mampu berjuang bersama Imam Mahadi bagi memartabatkan kembali islam seperti mana zaman kegemilangannya, inilah harapan, cita2 dan impian saya.

          Dengan adanya cita2 ini(melahirkan pejuang untuk islam), dalam masa yg sama aku berusaha dan sentiasa mencuba mendidik diri menjadi pejuang untuk islam, sebelum aku membentuk anak2 aku, aku perlu membentuk diriku dulu, baru kerja ini menjadi senang. Selain aku mendampingi rakan2 yg alim dalam hal ugama, yg akhlaknya akhlak mereka yg belajar ugama, aku juga rajin membaca buku2 pejuang islam, yg mana aku jadikan ia sbg anjakan paradigma utk aku mendidik diri.


         Tapi untuk melaksanakannya saya perlukan teman yg memahami hasrat cita2 ini, yg sanggup bersama-sama dgn saya bagi merealisasikan impian besar ini, yg mampu utk mengingati saya ketika lupa akan cita2 ini, yg dpt membantu saya mendidik diri ini agar menjadi pejuang untuk melahirkan pejuang islam. “disebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat wanita dibelakangnya”, itulah yg saya harapkan untuk cita2 ini tercapai. Ya Allah, kau kurniakan aku isteri yg sanggup menjadi teman dalam usaha untuk cita2 aku ini tercapai, usaha utk melahirkan pejuang untuk islam. 

        Wahai wanita muslimah aku perlukan kau sebagai teman utk merealisasikan impian ini, sebagai ibu yg mampu membantu aku mendidik anak2 agar mereka bisa menjadi Pejuang Islam, sebagai isteri yg dapat aku luahkan hasrat hati ini, sebagai pembantu yg sanggup bersama-sama dgnku untuk cita2 ini. Semoga “kamu” Allah jodohkan kepadaku, agar impian ini menjadi reality bukan menjadi angan2 mat jenin. Semoga “kamu” mengerti akan hasrat hati ini, semoga “kamu” diciptakan untuk ku, AMIN.

         Melahirkan pejuang untuk Islam, bukan perkara senang. Banyak duri dan ranjau sebagai penghalang, hanya Allah sebagai aku memanjatkan doa dan impian ini. Semoga cita2 aku ini Allah realisasikan, berkati dan redhai. Sesungguhnya semua yg aku lakukan dalam kehidupan ini hanya untuk mendapatkan keredhaanMu Ya Allah.





1. semoga ianya dpt direalisasikan.
2. 2 temuduga kerja utk mengisi kekosongan cuti.
3. keputusan pekse meningkat, alhamdulillah.