Assalamualaikum dan salam 1 Khilafah Islamiah, rasanya seperti sudah lama tidak mengemaskini ruangan bicara hati ku ini, satu perasaan yg tidak senang melihat ruangan ini dipenuhi habuk2 kekosongan sehinggakan tidak terisi dengan sedikit perkongsian yang memanfaatkan. Terdetik untuk menulis bagi satu perkongsian yang diharapkan dapat m’beri manfaat bersama. Manfaat kepada saya, awak yg bakal menjadi isteri saya, dan semua umat manusia yang berugama islam. “Melahirkan Pejuang Untuk Islam”, satu perkongsian yg menarik untuk diberitahu kepada satu dunia, bagaimana saya jadikan ia sbg antara cita2 dalam kehidupan saya ini. Semoga saya mendapat wanita muslimah soleha sebagai seorang isteri yg sanggup berkongsi cita2 ini bersama dgn saya bagi merealisasikan impian ini.
Kalau dikaji latarbelakang pendidikan saya, hanya seorang mahasiswa di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bukan mereka yg berpendidikan agama yg khas. Sekolah agama pown dari Form 1 sampai Form 5, tadelah hebat mane ilmu. Tapi ini semua tak menghalang saya untuk menyimpan cita2 sebegini rupa, satu cita2 utk Islam semata-mata kerana Allah. “Alah ko bukan budak agama pown, tak payah semangat nak simpan cita2 mcm nie”, hah? Yer ker? So budak2 agama jerlah yg bleh simpan cita2 nie? Abes aku yg tak blaja agama nie? Just diamkan diri n tak payah nak sumbangkan ape2 kpd islam? Kalau mcm tuh ape guna aku jadi org islam kan? Huhhhh!!! Kate2 mcm nie tak payah nak layan, ini hanya omongan manusia yg dengki dgn manusia yg punya semangat utk menyumbang kpd agama. Bagi saya selagi saya memegang kalimah tauhid dan islam sebagai cara hidup, selagi itu saya akan berusaha menyumbang kepada islam.
Kau nie pandai ke hukum hakam bagai? Ilmu agama hebat sangat ke?, sampai nak ckp pasal lahirkan pejuang islam bagai, layak sangat ke? Choooppp!!! Kalau tak pandai bley jadi pandai kan? Kalau tak hebat bley jadi hebatkan? Kalau tak layak bleh jadi layakkan? So knape dipersoalkan niat baik manusia kan? Allah tidak memandang keputusan tetapi usaha ke arah keputusan itu. Maaf lah der, nak lahirkan pejuang kene didik diri dulu jadi pejuang. Yup saya setuju dgn statement nie, untuk lahirkan pejuang kita kene dulu didik diri menjadi pejuang. Awak nak didik anak awak jadi pejuang yg bom2 tuh ker? Owhhhh tidakk sesekali tidak, nahi kabhi nahi kate Hindustan. Pejuang yg saya impikan utk dilahirkan kedunia, ialah seorang pejuang islam yg mampu mendaulatkan islam, mampu memartabatkan islam, mampu utk menjadikan islam teras kehidupan, mampu mengatakan “tidak!!!” kepada anasir2 batil, mampu memperjuangkan kebenaran hakiki, mampu menjadi professional yg menjadi islam batu asas kerja keprofessionalnya, dan mampu mempertahankan islam disaat islam dipijak2, diperkotak katikkan, persis Zaid bin Harithah mempertahankan islam, umpama Abu Bakar as-siddiq yg sanggup menyerah segala harta kpd islam serta menyerahkan keperluan anak isterinya kpd Rasul dan Allah.
Saya ingin melahirkan pejuang islam yg sanggup meninggalkan zaman remajanya hanya untuk melihat Palestin di tawan balik oleh Islam iaitu Salahuddin Al-ayubi. Inilah cita2 saya, yang mana anak2 saya dan keturunan dari benih2 saya dpt menyumbang kpd islam pada zaman mereka, mampu menjadi mereka yg membaiah Imam Mahadi yg bakal muncul bila2 masa mengikut ketentuan ilahi. Mampu berjuang bersama Imam Mahadi bagi memartabatkan kembali islam seperti mana zaman kegemilangannya, inilah harapan, cita2 dan impian saya.
Tapi untuk melaksanakannya saya perlukan teman yg memahami hasrat cita2 ini, yg sanggup bersama-sama dgn saya bagi merealisasikan impian besar ini, yg mampu utk mengingati saya ketika lupa akan cita2 ini, yg dpt membantu saya mendidik diri ini agar menjadi pejuang untuk melahirkan pejuang islam. “disebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat wanita dibelakangnya”, itulah yg saya harapkan untuk cita2 ini tercapai. Ya Allah, kau kurniakan aku isteri yg sanggup menjadi teman dalam usaha untuk cita2 aku ini tercapai, usaha utk melahirkan pejuang untuk islam.
Wahai wanita muslimah aku perlukan kau sebagai teman utk merealisasikan impian ini, sebagai ibu yg mampu membantu aku mendidik anak2 agar mereka bisa menjadi Pejuang Islam, sebagai isteri yg dapat aku luahkan hasrat hati ini, sebagai pembantu yg sanggup bersama-sama dgnku untuk cita2 ini. Semoga “kamu” Allah jodohkan kepadaku, agar impian ini menjadi reality bukan menjadi angan2 mat jenin. Semoga “kamu” mengerti akan hasrat hati ini, semoga “kamu” diciptakan untuk ku, AMIN.
Melahirkan pejuang untuk Islam, bukan perkara senang. Banyak duri dan ranjau sebagai penghalang, hanya Allah sebagai aku memanjatkan doa dan impian ini. Semoga cita2 aku ini Allah realisasikan, berkati dan redhai. Sesungguhnya semua yg aku lakukan dalam kehidupan ini hanya untuk mendapatkan keredhaanMu Ya Allah.
1. semoga ianya dpt direalisasikan.
2. 2 temuduga kerja utk mengisi kekosongan cuti.
3. keputusan pekse meningkat, alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment