Saturday, 18 August 2012

Perginya Ramadhan...Tibanya Syawal

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ….. Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Kedengaran sudah takbir raya Eidul Fitri 1433 Hijrah, sungguh pantas masa berlalu. Rasanya seperti semalam umat Islam baru memulakan ibadat puasa. Sungguh pantas Ramadhan meninggalkan kita untuk tahun ini, bulan yang dijanjikan 1001 kebaikan di dalamnya, dimana awalnya Rahmat, pertengahannya Keampunan, dan penghujungnya ditutup pintu neraka. Allahuakhbar!!! Tersentak sang hamba bila memikirkan amalannya yang tidak seberapa pada Ramadhan yang lepas. Ya Tuhan, suatu kerugian yang teramat dirasai tatkala ini. Allah!!! Hanya engkau maha mengetahui.

Bisakah aku menemui mu lagi Ramadhan, bisakah aku bersamamu lagi tahun hadapan Ramadhan, bisakah aku merasai nikmat tuhanku atas mu Ramadhan. Ramadhan yang sudah meninggalkan umat Islam, adalah bulan yang Allah kurniakan kepada hambanya yang tidak ternilai harganya. Bulan yang dijanjikan pelbagai kelebihan dan fadhilat di dalamnya, sungguh rugi bagi hamba yang tidak mengambil kesempatan menambah amal di dalam bulan ini. Allah!!! Betapa ku kesali kelekaan ku dalam melalui bulanMu yang mulia ini Allah. Astagfirullah!!! Tika ketiadaan syaitan dan iblis, terkadang aku leka dan tersasar dari landasan seruanMu Allah!!!

Kini Ramadhan sudah pergi, adakah aku mampu menemuinya lagi? Ya Tuhan!!! Aku pohon dengan sepohonnya, untuk diberi peluang menemuinya lagi pada tahun hadapan. Kau panjangkanlah umurku agar aku bisa menjalani Ramadhan dengan sebetulnya. Kini Ramadhan telah pergi, aku duduk seorang diri mengkoreksi diri. Kualitikah ibadat puasa ku? Adakah Rabbu Izzati menerimanya? Berapa banyakkah amalan ku? Allah!!! Jika ditulis dalam buku, mungkin saja ianya tidak mencukupi pun sebaris buku. Sungguh aku leka dengan dunia walaupun syaitan dan iblis durjana diikat jauhnya.

Ya Allah!!! Aku pohon agar amalanku yang sedikit yang kecil dan yang hambar ini diterima Ya Allah!!! Janganlah kau tolak amalanku ini, sesungguhnya hamba ini hamba yang hina, hamba ini hamba yang dina, hamba ini hamba yang leka. Ya Allah!!! Terimalah ianya walaupun sedikit, walaupun sebesar zarah. Aku pohon dengan sepohonnya!!! Kau lah tuhan yang Maha Menerima, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.

Perginya Ramadhan…Datangnya Syawal. Ramadhan pergi membawa kesedihan, Syawal datang membawa keriangan. Ya Allah!!! Sungguh besar kasih dan sayingMU, kau hadiahkan kami bulan yang menjadi lambangan kemenangan. Walaupun hamba mu terkadang kalah juga, terkadang tersasar juga, namun kau masih memberinya nikmat untuk menyambut bulan kemenangan ini Allah. Syawal bulan hadiah dari tuhan Yang Esa kepada hambaNYA yang berugama Islam.

Syawal menjadi bulan merapatkan ukhwah, sanak saudara dari jauh dating berkumpul, merapatkan silaturrahim yang telah terjalin sekian lama. Ukhwah ini dierat dan dirapatkan serapatnya. Dalam bulan ini juga, si anak akan meminta ampun kepada kedua orang tuanya, di isteri akan meminta ampun kepada suaminya, si adik akan meminta ampun kepada abang/kakaknya, dan si cucu akan meminta ampun kepada datuk/neneknya. Ya Tuhan!!! Sungguh hebat bulan yang kau kurniakan kepada kami ini Allah.

Syawal bulan Allah anugerahkan untuk sekalian umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan mereka berpuasa. Allah!!! Syawal menjadi saksi seluruh umat Islam menegur sapa, memohon maaf kepada semua umat Islam yang ada, mahupun mereka kenal ataupun tidak kenal. Inilah kehebatan yang ada pada bulan Syawal.

Semoga perginya Ramadhan…datangnya Syawal memberi 1001 erti kepada kita semua sebagai umat Islam di akhir zaman. Koreksi diri sejauhmanakah kita sebagai hamba kepada Rabbu Izzati Allah Aza Wa Ja la.

Ku mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini, dengan rendah diri aku pohon keampunan dari kalian semua. Kepada “awak” maaf jika banyak kesalahan diri ini kepada “awak”, terima kasih atas kesudian itu.

.:Selamat Hari Raya…Maaf Zahir dan Batin:.


Ahmad Fitri Bin Aziz
Pelajar Sejarah, Jabatan Sejarah, FSSSUM.

Friday, 6 July 2012

"Tamat Musim Lalu...Bermula Musim Baru"

          Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca sekalian. Alhamdulillah, berkesempatan untuk "membuang masa" dengan memenuhi "diari maya" ini. Selesai sudah perjalanan kehidupan saya sebagai watak pelajar sepenuh masa. Satu watak yang sering dianggap susah skripnya, sering dianggap sangat meletihkan oleh sesetengah manusia, "letih lah sangattttt, setakat pergi kuliah pastu balik (kadang2 ponteng)." Bagi aku amanah ke kuliah sering aku tunaikan (sem lepas kedatangan baikkkk)

           "Tak tahu nak cakap ape lagi cik Salmahhh", ini P.Ramlee kata masa 'dating' dengan cik Salmah bawah pokok (pas nyanyi lagu GELORA) tak silap aku lah. Hahhh!!! skang saya pun tade idea nak merapu apa dekat blog nie, hoho!!! owhhhh, blog kali ni telah mengalami evolusi dari segi penampilan dan namanya. Sebab tema2 perbincangan kali ni akan difokuskan kepada isu-isu semasa, pendapat saya selaku manusia, luahan saya sebagai hamba, dan pembongkaran sejarah selaku 'history seekers'.

            Untuk musim baru ini, banyak penulisan akan lebih kepada penulisan berbentuk ilmiah. Saja buat perkongsian untuk teman-teman di luar sana. Yelah kadang-kadang kita tahu sesuatu, rasanya tak salah kalau mahu berkongsi. Jangan risau, saya akan memastikan sumber yang didapati itu disahkan oleh badan berwajib dan bukannya sumber 'kongkalikong'. 

              Ok serius dari diri ini, memang tiada idea nak merapu. Tahap ketepuan agak tebal saat ini, tak tahu nak kongsi apa dengan anda sekalian. Mungkin untuk penulisan seterusnya saya akan mula serius dalam penulisan 'alam maya' ini. 

Musim lalu hidup saya diwarnai dengan pelbagai episod yang pelbagai ragamnya. Ada yang membuatkan diri ini tersenyum, ada yang membuatkan diri ini ketawa, dan ada yang membuatkan diri ini sedikit geram. Fuhhh!!! tang geram tuh, memang penangan dia terbaikkkk!!! tapi atas beberapa sebab 'kegeraman' tuh terpaksa dilupakan (nasiblahhhh). 

Terima Kasih buat mereka yang saya sayangi termasuk dia yang sudi hadir dalam diri ini. Ohhh!!! rasanya saya tak mampu hendak mengecewakan insan yang saya sayangi...

Sunday, 8 April 2012

Semester 4 : Berakhirnya Separuh Masa Pertama

Assalamualaikum dan Salam Mesra...
Membuka tirai penulisan pertama untuk sesi 2012 ini, satu perkongsian yang agak menarik mahu dikongsikan bersama. Alhamdulillah, sudah selesai 7 minggu saya menyambung pembelajaran saya di Universiti Malaya dalam semester 4 ini. Dalam 7 minggu ini juga pelbagai peristiwa yang manis dan juga agak pahit berlaku, kalau masak ikan sudah boleh jadi ikan masak tiga rasa, macam – macam ada. Separuh masa pertama semester 4 ini merupakan semester yang istimewa bagi saya, kerana pelbagai karenah/ragam kehidupan harian yang terpaksa ditempuhi dalam proses untuk mencipta masa depan yang cerah. Dalam kesibukan belajar di siang hari, pada malamnya saya akan menjadi seorang guru sejarah di pusat tuisyen, satu pengalaman yang menarik untuk membina diri ke arah menjadi pendidik dan ahli akademik. Memang sengaja di biarkan diri ini untuk menempuh keadaan sebegini, bak kata orang “pengalaman ialah guru dalam kehidupan”, walaupun kadang – kadang terasa penat menempuh jalan yang sebegini, tapi kepenatan itu sangat memberikan kenikmatan kerana baru terasa nikmatnya menjadi manusia.

Selama 7 minggu belajar ini, memang hidup aku sudah persis mereka yang bekerja, manakan tidaknya keluar rumah seawal 7.30 pagi untuk bergegas ke kelas yang bermula seawal 8.00 pagi, bak kata si dia, “ini adalah latihan untuk bekerja nanti”. Kesibukan jalan? Jangan di kaji, hari – hari menempuh onak dan duri jalan yang sentiasa sibuk dan padat dengan kereta – kereta sang pekerja untuk bekerja, tak KL lah kalau tak sibuk jalan. Pernah juga hampir – hampir di himpit oleh pemandu kereta, dikejutkan dengan aksi lucah pemandu yang terus masuk ke lorong kanan tanpa memberi signal, tapi Alhamdulillah masih bernafas dan diberikan nikmat hidup oleh Ilahi. Inilah kondisi yang sangat suka dilalui kerana, aku yakin dan percaya, akan mendidik diri ini mental dan fizikal untuk jangka masa yang panjang, alah bisa tegal biasa nanti, memang betullah kot kata si dia “latihan untuk bekerja nanti”, hanya tersenyum mendengar kata – kata azimat ini.

Tatkala mereka yang sebaya dengan aku ramai yang hidup boleh dikatakan senang, lagi – lagi yang duduk kolej mana agaknya nak tempuh jalan jem ni. Semester 4 merupakan semester aku bertambah semangat untuk belajar dan mendapat ilmu bagi menghadapi kehidupan kemudian hari, dengan ilmu ini aku bertekad untuk berkongsi dengan anak bangsa agama aku. Aku bertekad mahu pulun sepenuh – penuhnya ilmu yang ada dari pensyarah – pensyarah yang tidak pernah kedekut pun seinci ilmu yang ada di dada mereka. Selain dari ilmu di dalam kelas, aku juga berpeluang untuk mendapat ilmu sekali lagi dari pensyarah yang menjadi idolaku, aku berpeluang untuk menyumbang bakti tulang empat keratku dengan menjadi enumerator di bawah penyeliaan beliau. Kekaguman aku pada ilmu beliau tidak mampu di ucapkan dengan kata – kata, sangat kagum dengan ilmu yang beliau miliki, dan suatu hari nanti aku pun mahu menjadi seperti beliau.

Permulaan semester 4 ini, aku belajar untuk mencari sumber kewangan masa kini dan masa depan. Ada lebih sikit akan aku simpan, almaklumlah umur dah meningkat rasanya mahu belajar simpan duit untuk hari – hari mendatang kelak. Nanti bila sudah sampai seru dan izin Allah tadelah mengelupur nak cari dana nanti, takkan nak kahwin pun hidung tak mancung pipi tersorong – sorong mintak duit kat mak ayah. Nak taknak pada sekarang aku bertekad untuk mengumpul duit, tak dapat simpan banyak sikit pun jadilah, asalkan menyimpan ye dak.

Aku tinggalkan separuh masa pertama ini dengan coretan – coretan kisah hidup yang tak pernah aku terfikir akan mengalaminya dalam masa terdekat ini. Suatu cerita yang hanya akan dikongsikan bila tiba masanya, cerita yang membuatkan diri ini dan dia mungkin tersenyum bila mengenangkannya suatu hari nanti. Tidak ramai yang tahu akan perihal diri ini, hanya meneka neki sahaja langkah yang akan aku lakukan. Sengaja dirahsiakan kisah hidup ini kerana bagi aku, hal peribadi diri ini biarlah insan – insan yang tertentu sahaja mengetahui, ianya bukan untuk dikongsi sesuka hati. Mana tahu suatu hari nanti mungkin akan mereka ketahui juga, tetapi biarlah selepas masa depan itu benar – benar terjadi. Untuk seketika ini, aku hanya mampu merancang perjalanan hidup dengan pasti memohon petunjuk Ilahi, sama juga perjalanan membina masa depan yang melibatkan dua hati. Khuatir diri ini menjadi punca kepada sakitnya hati, biasalah kalau romeo dari Bollywood dan Juliet dari Malaywood memang tak ke banyak beza, tapi perbezaan ini yang menarik sebenarnya, maaf awak kalau diri ini mwmbuatkan awak rasa kecik hati dan sakit hati atas perbuatan yang tidak berapa disenangi. Terima kasih kerana sudi untuk menerima diri ini, maaf kerana diri ini sangat banyak kekurangan yang masih wujud, dan yang pasti saya tak seperti lelaki yang sering menjadi idaman wanita soleha dan mithali. Untuk kisah hati ini, apa yang penting semoga mendapat petunjuk Ilahi, kerana takut – takut langkah ini mampu mendapat kemurkaan Ilahi, maka kami bergerak seiring dan sejalan dengan memohon semoga petunjuk Ilahi bersama dengan kami untuk perancangan masa depan ini.

Esok akan bermula, separuh masa kedua untuk semester empat untuk tahun kedua ini. Lagi 7 minggu mesti dihadapi, dan dalam 7 minggu ini pelbagai cerita bakal tercipta nanti. Mahu mencipta cerita yang menarik dan penuh dengan isinya sekali, tidak mahu cerita yang persis tin kosong yang hanya kuar berbunyi tetapi tiada isi, hampeh jer tu. Untuk 7 minggu ini, Insyaallah aku akan pastikan misi untuk mendapat ilmu dari mereka yang berilmu dapat direalisasikan, agar bila habis semester nanti aku mampu mengatakan, Alhamdulillah!!! Banyak ilmu yang aku dapat pada semester ini, inilah perjuangan sebagai seorang penuntu ilmu, menuntut ilmu sebanyak mungkin tanpa mengira kesusahan yang bakal dihadapi. Tugasan semester lagi 3 perlu disiapkan, dan pembentangan lagi 4 yang perlu diselesaikan, semoga Allah mempermudahkan perjalanan pembelajaran dalam 7 minggu ini kepada aku dan semua pelajar sekali khasnya.









Renungan hati ini :-
-          Forum dr. Kamal melepas nak masukkkk, abesslahhh.
-     Alhamdulillah, dapat laksanakan perkara yang sudah lama mahu dilaksanakan bila rahsia hati sudah diketahui, minta izin kepada penjaga bunga kasturi.
-         Semoga perjalanan mencipta masa depan bersama diiringi reda dan petunjuk Ilahi.
-         Jom menempuh jem untuk ke kelas hari2. Best woooo...