Assalamualaikum dan Salam Mesra...
Membuka tirai penulisan pertama untuk sesi 2012 ini, satu perkongsian yang agak menarik mahu dikongsikan bersama. Alhamdulillah, sudah selesai 7 minggu saya menyambung pembelajaran saya di Universiti Malaya dalam semester 4 ini. Dalam 7 minggu ini juga pelbagai peristiwa yang manis dan juga agak pahit berlaku, kalau masak ikan sudah boleh jadi ikan masak tiga rasa, macam – macam ada. Separuh masa pertama semester 4 ini merupakan semester yang istimewa bagi saya, kerana pelbagai karenah/ragam kehidupan harian yang terpaksa ditempuhi dalam proses untuk mencipta masa depan yang cerah. Dalam kesibukan belajar di siang hari, pada malamnya saya akan menjadi seorang guru sejarah di pusat tuisyen, satu pengalaman yang menarik untuk membina diri ke arah menjadi pendidik dan ahli akademik. Memang sengaja di biarkan diri ini untuk menempuh keadaan sebegini, bak kata orang “pengalaman ialah guru dalam kehidupan”, walaupun kadang – kadang terasa penat menempuh jalan yang sebegini, tapi kepenatan itu sangat memberikan kenikmatan kerana baru terasa nikmatnya menjadi manusia.
Selama 7 minggu belajar ini, memang hidup aku sudah persis mereka yang bekerja, manakan tidaknya keluar rumah seawal 7.30 pagi untuk bergegas ke kelas yang bermula seawal 8.00 pagi, bak kata si dia, “ini adalah latihan untuk bekerja nanti”. Kesibukan jalan? Jangan di kaji, hari – hari menempuh onak dan duri jalan yang sentiasa sibuk dan padat dengan kereta – kereta sang pekerja untuk bekerja, tak KL lah kalau tak sibuk jalan. Pernah juga hampir – hampir di himpit oleh pemandu kereta, dikejutkan dengan aksi lucah pemandu yang terus masuk ke lorong kanan tanpa memberi signal, tapi Alhamdulillah masih bernafas dan diberikan nikmat hidup oleh Ilahi. Inilah kondisi yang sangat suka dilalui kerana, aku yakin dan percaya, akan mendidik diri ini mental dan fizikal untuk jangka masa yang panjang, alah bisa tegal biasa nanti, memang betullah kot kata si dia “latihan untuk bekerja nanti”, hanya tersenyum mendengar kata – kata azimat ini.
Tatkala mereka yang sebaya dengan aku ramai yang hidup boleh dikatakan senang, lagi – lagi yang duduk kolej mana agaknya nak tempuh jalan jem ni. Semester 4 merupakan semester aku bertambah semangat untuk belajar dan mendapat ilmu bagi menghadapi kehidupan kemudian hari, dengan ilmu ini aku bertekad untuk berkongsi dengan anak bangsa agama aku. Aku bertekad mahu pulun sepenuh – penuhnya ilmu yang ada dari pensyarah – pensyarah yang tidak pernah kedekut pun seinci ilmu yang ada di dada mereka. Selain dari ilmu di dalam kelas, aku juga berpeluang untuk mendapat ilmu sekali lagi dari pensyarah yang menjadi idolaku, aku berpeluang untuk menyumbang bakti tulang empat keratku dengan menjadi enumerator di bawah penyeliaan beliau. Kekaguman aku pada ilmu beliau tidak mampu di ucapkan dengan kata – kata, sangat kagum dengan ilmu yang beliau miliki, dan suatu hari nanti aku pun mahu menjadi seperti beliau.
Permulaan semester 4 ini, aku belajar untuk mencari sumber kewangan masa kini dan masa depan. Ada lebih sikit akan aku simpan, almaklumlah umur dah meningkat rasanya mahu belajar simpan duit untuk hari – hari mendatang kelak. Nanti bila sudah sampai seru dan izin Allah tadelah mengelupur nak cari dana nanti, takkan nak kahwin pun hidung tak mancung pipi tersorong – sorong mintak duit kat mak ayah. Nak taknak pada sekarang aku bertekad untuk mengumpul duit, tak dapat simpan banyak sikit pun jadilah, asalkan menyimpan ye dak.
Aku tinggalkan separuh masa pertama ini dengan coretan – coretan kisah hidup yang tak pernah aku terfikir akan mengalaminya dalam masa terdekat ini. Suatu cerita yang hanya akan dikongsikan bila tiba masanya, cerita yang membuatkan diri ini dan dia mungkin tersenyum bila mengenangkannya suatu hari nanti. Tidak ramai yang tahu akan perihal diri ini, hanya meneka neki sahaja langkah yang akan aku lakukan. Sengaja dirahsiakan kisah hidup ini kerana bagi aku, hal peribadi diri ini biarlah insan – insan yang tertentu sahaja mengetahui, ianya bukan untuk dikongsi sesuka hati. Mana tahu suatu hari nanti mungkin akan mereka ketahui juga, tetapi biarlah selepas masa depan itu benar – benar terjadi. Untuk seketika ini, aku hanya mampu merancang perjalanan hidup dengan pasti memohon petunjuk Ilahi, sama juga perjalanan membina masa depan yang melibatkan dua hati. Khuatir diri ini menjadi punca kepada sakitnya hati, biasalah kalau romeo dari Bollywood dan Juliet dari Malaywood memang tak ke banyak beza, tapi perbezaan ini yang menarik sebenarnya, maaf awak kalau diri ini mwmbuatkan awak rasa kecik hati dan sakit hati atas perbuatan yang tidak berapa disenangi. Terima kasih kerana sudi untuk menerima diri ini, maaf kerana diri ini sangat banyak kekurangan yang masih wujud, dan yang pasti saya tak seperti lelaki yang sering menjadi idaman wanita soleha dan mithali. Untuk kisah hati ini, apa yang penting semoga mendapat petunjuk Ilahi, kerana takut – takut langkah ini mampu mendapat kemurkaan Ilahi, maka kami bergerak seiring dan sejalan dengan memohon semoga petunjuk Ilahi bersama dengan kami untuk perancangan masa depan ini.
Esok akan bermula, separuh masa kedua untuk semester empat untuk tahun kedua ini. Lagi 7 minggu mesti dihadapi, dan dalam 7 minggu ini pelbagai cerita bakal tercipta nanti. Mahu mencipta cerita yang menarik dan penuh dengan isinya sekali, tidak mahu cerita yang persis tin kosong yang hanya kuar berbunyi tetapi tiada isi, hampeh jer tu. Untuk 7 minggu ini, Insyaallah aku akan pastikan misi untuk mendapat ilmu dari mereka yang berilmu dapat direalisasikan, agar bila habis semester nanti aku mampu mengatakan, Alhamdulillah!!! Banyak ilmu yang aku dapat pada semester ini, inilah perjuangan sebagai seorang penuntu ilmu, menuntut ilmu sebanyak mungkin tanpa mengira kesusahan yang bakal dihadapi. Tugasan semester lagi 3 perlu disiapkan, dan pembentangan lagi 4 yang perlu diselesaikan, semoga Allah mempermudahkan perjalanan pembelajaran dalam 7 minggu ini kepada aku dan semua pelajar sekali khasnya.
Renungan hati ini :-
- Forum dr. Kamal melepas nak masukkkk, abesslahhh.
- Alhamdulillah, dapat laksanakan perkara yang sudah lama mahu dilaksanakan bila rahsia hati sudah diketahui, minta izin kepada penjaga bunga kasturi.
- Semoga perjalanan mencipta masa depan bersama diiringi reda dan petunjuk Ilahi.
- Jom menempuh jem untuk ke kelas hari2. Best woooo...
No comments:
Post a Comment