Thursday, 30 December 2010

"sejarah dinar emas dan dirham perak"

Salam mesra semua, entri kali nie aku nak post sumting yg boleh dikongsi bersama. Mengenai sejarah mata wang yg digunakan suatu ketika dulu, aku jumpa artikel nie mase tga syok2 explore harakahdaily, huhuhuhu. artikel nie aku copy dan paste dari harakah yg diambil dari blog emasdinar. aku rase bleh kowt dikongsi utk menambah ilmu kiter mengenai matawang yg nilai2 tak pernah jatuh, malah setiap hari akan naik nilainya, harap saudara saudari sekalian boleh lapangkan maser utk membaca sekejap artikel nie....

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.

Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.

Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.

Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.

Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.

Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.

Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.

Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.

Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.

Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

sumber : http://emasdinar.blogspot.com.







p/s :-
- result sem 1 tak capai target, tape usaha lagi utk sem 2 dan seterusnya, jadikan sem 1 sebagai pembakar semangat.
- program utk bwat kat skolah pengetua sudah luluskan, move to next step.

Tuesday, 21 December 2010

"shin chan puye hal..."

Mengagahkan jari jemari ku nak update blog nie, pelik rasenya tgk org yg ader idea nak update blog jer, aku nie asal nak update jerrr jadik blurrr tak taw nak tulis ape, so post kali nie lain dari yg lain, aku nak bwat entry pasal si budak nakal yg glamour kat Malaysia nie... hahahaha!!!, menjadi idola ikutan budak2 nakal yg lain, sebut jer nama dye semua kenal, budak nakal nie ialah Nohara Shinosuke a.k.a Shin Chan, hahahaha!!!. Geli hati aku tgk dye nie, lagi2 dye puye loyer buruk, bleh sakit jiwa org ngan dye, ader jer mender pelik dye nak bwat, memeningkan kepala org sekeliling, hahahaha!!! dari dalam rumah, luar rumah hingga kat skolah, sape yg dekat dgn dye konpem akan mengalami tekanan 360 darjah kepanasan yg melampau, nakal satu hal dye puye loyer buruk pehhhh kekadang sampai aku pown bleh terpengaruh. Buktinya nie ader scene2 yg aku potong utk buktikan loyer buruk tahap dewa dye...


hah klakakan memang brani mati puye budak, agak2 korangkan kalau lah ader dak betul2 mcm nie, mau kene lambung ngan omak dye, hahahahaha!!! org suruh pakai kat anjing dgn slampit mama dye yg kene, siap kate seswai ngan mama dye lagi tuh, hahahaha!!!!





hahahaha!!! sampai kat umah jiran dye pown dye bleh bwat pangai slampit dye, ske ske ati nak tumpang teduh or wateverrrr, hahahaha!!! sakit jiwa jiran dye dibuatnyerrr, kene nganjing ngan dak kecik, huhuhuhuhu!!! bayangkan kalau anak jiran mcm nie pangai, mau aku hambat dak ni...

nie antara kerenah si shin chan yg mengelikan hati penonton tak kire umur, samada dak kecik, dak besar, atau dak tuerrr skalipun, gelagat yg sangat mencuit hati tapi menyakitkan hati org sekeliling dye, hahahaha!!! bleh lah kalau nak tgk berulang kali mengilangkan rase bosan diri, sangat sukerrrr tgk shin chan nie, sampai skang still lagi aku tgk shin chan, tgk glagat dak2 nakal yg chomel...








p/s :
1. mintak2 kawen naty jgnlah dpt anak mcm nie, hohohoho...
2. pada ibu2 ngadung digalakkan jgn tonton citer nie, takut anak yg lahir pangai mcm shin chan, lalalalala...
3. sape2 yg sedang hati duka, digalakkan tgk glagat shin chan, pasti kembali sukerrr....


Thursday, 9 December 2010

"you're my everything..."

Salam mesra semua, untuk entri kali nie, agak jiwang skit kowt. saje jer nak post sumtin about love. asek story jer, kali nie layan perasaan lak, lagu nie sangat sangat best bagi aku, sbb ia mengigatkan aku pada seseorang. setiap bait2 liriknya memberi satu makna yg mendalam buat diriku, nie antara lagu cinta retro tapi sangat menusuk kalbu....




You're my everything
The sun that shines above you makes the bluebird sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

** You're my everything
And nothin' really matters
But the love you bring

You're my everything
To see you in the morning
With those big , brown eyes

You're my everything
Forever and a day
I need you close to me

You're my everything
You never have to worry , never fear
For I am near

When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yet so strong , my love

You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I swim within her ocean , sweet and warm
There's no storm , my love



p/s : ingat org blaja sejarah tak leh jiwang....


Wednesday, 8 December 2010

"Yang Mana Satu? USM or UM? (2)"

Assalamualaikum, Salam Mesra, dan Salam 1Malaysia. Post lepas aku dah critekan dgn slamber aku reject tawaran USM, bukan ape bagiku USM tuh tak kene ngan jiwa aku, plus tade faktor penarik lah beb. Berbalik pada hari keputusan UPU tuh, senaye bkn hari tuh tapi hari esoknyer, tapi disebabkan dunia nie canggih ader satu laman web kita bleh taw awal. Aku senaye nak tgk esok, tapi entah mahluk mane bgtaw mak aku, adoyai mak aku jadi semangat nak tgk. Nak ke taknak aku kene bukak gak, so aku bukak lah. Pas bukak satu yg tak diduga kuar, aku pown bacer dgn nada yg rendah 'harap maaf keputusan tawaran universiti tidak dapat disambungkan' hahahaha!!! skali salah saluran lah, tak silap aku dye ader 4 saluran maser tuh. So aku tak jadi tgk, aku kata kat mak aku tgk malam skit sebab skang ramai tgk so surver lembab skit. Kerana dah taw keputusan universiti dah bleh tgk, aku mmg tak penah tenang dari pagi sampai ke maghrib. Nak tenang camner, tgn rituh dah gatal pegi reject tawaran USM, kang tak pat yg kat UPU mau berputih mata aku, mau menangis tak sudah, taknak aku tunggu rayuan2 nie.

Make the story short, aku pown masuk lah laman web MOHE sbb nak tgk result ipta camner, tapi..... pehhh dye puye lambat hanya Allah yg taw. Masuk jer tunggu 5 minit dpt lah page suh isi I/C n aku tekan lah next, ingt bleh trus dpt skali dye men drama lak, dye puye slow...Ya Allah sabar jerlah, lama giler aku tunggu... 5 minit tunggu pown tak abes lagi, mase tuh tak silap aku dah masuk waktu utk solat maghrib, lama sgt nunggu aku tutup screen komputer pastu aku solat. Tak tentu arah di bwatnyer, nak solat pown tak tenang. Bukan aku jer, mak aku pown same. Memasing nak taw ape keputusannya, yelah 3 tahun aku nunggu nak masuk ipta nie, kalau kat spm tade rezeki, harap2 kat stpm ader lah rezeki, pas solat cam biasa aku doa then solat hajat, abes jer.... aku trus bukak screen PC alangkah terkejutnyer aku apabila aku bukak jer, satu keputusan aku taleh trime sebab lama aku tungu last2 tade pape yg kuar, puye lama dye nak amek masa loading page keputusan tuh, tak senunuh betol, aku ingat pas aku solat dah abes lah, uper-upernyerrr blom lagi, mencabar keimanan betul. Hampehhh aku kata, tetibe laman web tuh makin dapat n penuh, sikit sikit kuar warna2 n tulisan(mcm korang bukak fb, skit skit kuar).

Pehhhh... sampai jer kat tang jawapan tuh, booommmmm!!!! page tuh jadik penuh. Alangkah terkejutnyer aku apabila tulisan nie yg kuar :-
'Tahniah!!! anda telah ditawarkan menyambung pelajaran di Universiti Malaya bagi sesi 2010/2011, kursus sastera"
dye puye sonok mmg tak ingatlah beb, tyme tuh trus aku jerit kegirangan mane taknyer 3 tahun nunggu akhirnya dapat gak aku masuk ipta yg aku nak sgt sejak dari bangku skolah menengah, pada hal tyme tuh mak aku still solat tak silap aku, mmg slampit n ske ske jer... abes jer mak aku solat, dye pown tgk mcm biaser ahhh beb, mak aku puye sonok bukan kepalang ahhh, anak sulong dye dpt ipta UM lak tuh. Nie baru mak aku blom ayah aku lagi, cian ayah aku nie... dye ngidam aku masuk ipta sejak spm gak, tapi apekan daya tyme tuh aku blom dpt hidayah nak blaja nie lagi. Tapi semua tuh dah berlalu, skang aku dah dpt ipta yg aku mau, so aku akan truskan perjuangan aku nie, no more turn back!!! no more loser!!!, of course lah aku trime masuk UM, gilerrr ape nak tolak. Banyak faktor penarik UM nie yg bwat aku nak apply rituh n trime tawaran, tapi takyah kowt nak bgtaw, biar aku yg taw sengsowang dah. Ahhhhhh, pas taw keputusan n nak2 itu yg kita dpt, aku sangat relief n aman serta damai, syukur pada Allah. 2 minggu di rumah then pastu bermula hidup aku sebagai pelajar sejarah sepenuh masa Universiti Malaya. Kira keputusan aku reject USM adalah satu keputusan yg tepat n bijak bestari....

So byk lagi aku nak kongsi sepanjang 4 bulan di UM mula dari hari pendaftaran hingga akhir peperiksaan, 4 bulan pertama as a universiti student, satu pengalaman lain dari yang lain...

Tuesday, 7 December 2010

"Yang Mana Satu? USM or UM? (1)"

Assalamualaikum, Salam mesra, dan Salam 1Malaysia. Post kali nie aku nak story skit pasal , agak menarik utk dikongsi bersama, memandangkan aku sendiri tak taw ape nak tulis, so tulis jerlah crite nie. Selang 3 4 bulan result STPM kuar, dah isi borang upu semua so kami dijanjikan yg keputusan universiti akan kuar dalam bulan 6 camtuh lah. Nak taknak tunggu jerlah dgr redha dan hati yg sabar, sambil menunggu kehidupan dijalankan seperti biasa. As for me, aku mcm biasa jadi drebar anta adik bongsu aku pegi skolah, tiap2 hari(bila lagi nak berbakti bwat kuarga). Chopppp!!! lupa lak, ader 2 universiti tak der dalam UPU iaitu USM n UiTM, hmmmmphhhh.... aku pown cuberlah nasib try mohon USM, cam biasa first choice aku amek sejarah(fanatik beb) n bla....blaa...bla... kursus yg len. Tyme nunggu nie, semua aku bwat doa n solat hajat hari2(memang tawakal) mohon ader rezeki masuk IPTA. Dipendekkan crite tyme aku bwat satu program kat Cheras, keputusan tawaran USM dikatakan kuar, aku yg bgtaw member form 6 aku, dye kata kalau dapat meseg masuk. Dah tak semena mena aku ngadap enset dari ngadap program, gemuruh beb mane tak gemuruhnyer aku ader try mohon USM. Saat yg ditunggu telah tiba,tetibe bunyi meseg(bygkan bunyi meseg NOKIA) cuak gak nak tekan, dgn perasaan yg seram2 sejuk aku tekan butang 'read', dgn penuh penghayatan aku bacer meseg nie yg bila bacer bunyinya mcm nie:-

"Tahniah!!! Anda ditawarkan menyanbung pelajaran di Universiti Sains Malaysia", woh dye punyer sonok bukan kepalang ahhh, so aku tepon mak aku, aku ckp aku dpt USM, mak aku pown sonok gak ahhhh, ibu mane tak sonok anak dpt IPTA... USM lagi tuhhhh. Tapi yg sengal nyer, ape kos aku dpt tak dibgtaw...hey ape da??? tertanya tanya aku, trus ilang fokus mmg, dalam otak aku ape kos aku dpt, pasal program? kejap ade kejap tade, yg aku fokus ape kos aku dpt? nak ke taknak pegi USM, setiap minit aku pk nak ke taknak, tyme tuh yg dah tekan butang trime kawan aku 3 org tak silap aku, 2 org kos same sorang lagi kos len. Setaw aku sape dah trime, borang UPU takkan di proses, pehhh nie crite seram mane lak nie. Dipendekkan citer lagi, abes program lepas most mortem aku tak pk byk aku pecut kete blek umah nak tgk ape kos aku dpt, sampai2 jer kat umah aku on9 n tgk USM kos yg aku dpt pehhhh skali 'pengurusan binaanlah' ape puye kos aku pown tak taw, tak kene ngan jiwa aku tol. Dah ahh dye bagi kursus aku tak taw mender, nak tgk overview kursus dye tak bagi lak.

Jadi tak menentu aku di buat nyer, jadi aku pown short the story dgn tawakal pada Allah aku tekan butang tak terima, pehhhh blagak siot. Kalau org len dah syukur, tapi aku taw ape aku bwat, ini semua percaturan dari Allah, sebab Allah tahu ape yg terbaik utk hambanya, lagi2 dak mcm aku, kalau aku trima mau giler aku, jauh USM tuh Pulau Pinang kowt. wohhhhhhh!!! tak bleh tak bleh, mak aku kata lak "tapelah terpulang pada along, mungkin rezeki along kat UM kowt. So tawaran USM aku tolak selepas berpk 15 minit, oklah tuh dari tak pk langsung. Nak dijadikan crite tibelah hari kuarnya tawaran IPTA bagi yg isi borang UPU, so kalau nak taw bacer sambungannya, kang aku tulis semua crite nek bosan kalau bace bebyk nie so ikuti sambungannya.....

Saturday, 4 December 2010

Berubah Wajah Dan Konsep Yang Baru.

Assalamualaikum, Salam Mesra Dan Salam 1Malaysia. Hmmmphhhh dah lama rasenya aku tak tulis blog nie, agaknya dah 3 bulan kowt. Skang aku gagahkan jari jemari untuk menaip setiap perkataan drpd huruf2 di lappy nie, pehhh keblurrrannya tidak buleh diucapkan. Utk post kali nie, hanya mau perkenalkan blogku yang mengalami sedikit make over dan telah bertukar konsep. Konsep yg dulu dah tak seswai dgn keadaan skang, dari seorang yg menyepi aku kini aktif dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar. Konsep kali nie aku akan lebih menceritakan kisah hidupku yang menarik agar dapat di kongsi bersama(yg umum jer, peribadi nope...), mengenai mereka? ini lak crite mengenai masyarakat di luar sana, aku nie jenis yg ske bwat pemerhatian n lastly dari pemerhatian, aku akan bwat konklusi agar ianya menjadi panduan kpd aku agar tidak membuat kesalahan yg sama bagi yg salah atau menjadi contoh kpd aku bagi perkara yg baik n atas landasan islam.

Mengenai sejarah? inilah yg paling best, kalau bab sejarah nie aku mmg fanatik giler. Mcm org fanatik dgn benda2 yg dorang ske, nak2 sejarah nie pasal sejarah melayu n islam, aku bleh duduk sejam utk dgr pasal citer atau bacer bukunyer, keseronokannya tak terhingga. Itu sebab konsep blog aku dah bertukar, akan ada post2 untuk cerita2 sejarah agar menjadi pengajaran kepada kita semua. Inilah konsep baru yg cube aku tonjolkan dalam blog aku yang terkini, tiga dalam satu senang citer. Tiga kisah dalam satu cerita, tapi yang pastinya "Aku, Mereka, dan Sejarah" tidak boleh dipisahkan, itulah aku yang sekarang.

Sunday, 5 September 2010

mencari mood utk menulis...

assalamulaikum, ello semua n salam 1malaysia... 1!!!! malaysia!!! 1!!!! malaysia!!! 1!!!malaysia, terus naik mood aku nak nulis pas melaungkan kata semangat nie, naik semangat aku, hehehehe!!!
semangat dia jgn ckp ahh, korang try ahh sendiri... ape yg aku nak kongsi pown tak taw, tapi cam biasa kalau aku nak nulis, i write my story jer(speaking arab lak), hahaha!!! tapi buat masa sekarang tade ape yg aku nak nulis lagi, cuma ader ahh beberapa story nak habak mai antaranya :-

1. percutian di pangkor.
2. berita gembira dari Universiti Malaya.
3. kehidupan di kampus sebagai pelajar uni.

dan banyak lagi lah, so tunggu jerlah crite2 nie, yang bakal mengegarkan screen2 laptop n pc anda, coming soon!!!!

Friday, 4 June 2010

aku dipentas kecemerlangan...

alhamdulillah setelah sebulan kitorang pekse, maka keputusan stpm kuar pada 25/2, peh!!! awal tak terkira, seminggu aku makan tak kenyang, tidur tak lena, tapi alhamdulillah mandi aku basah, kalau tak basah bukan mandi namanya, nak tak nak result tetap akan kuar pada tarikh yg ditetapkan. so pada tarikh kejadian aku n rakan2 ku berpusu pusu ke skolah untuk amek result, pehh!!! gegel lutut aku beb, inilah penentuan aku, samada berjaya ataupun tidak. takut pown ader, sepanjang tuh aku berdoa jerlah, arap2 ader rezeki allah disisiku, tetiba aku trima panggilan dari ayah ku, " ok long, ayah dah tgk result along dalam tenet, along dapat 2a 2b". peh seronok tak terkata beb, semua kegegelan dan ketakutan aku dah tade dah, alhamdulillah aku ucapkan, rakan2 ku yg lain lak, masing2 terpinga0pinga lagi, naseb korang lah, aku dah taw. 15 minit lepas tuh kami diarahkan ke bilik tayangan, so cikgu pown serahkan lah keputusan kami masing2, bermacam ragam yg aku temui ader yang nanges, ader yang gumbira, ader yg wat ilek jer.

seramai 44 org dapat lulus penuh(4p), 6 org diantara mereka dapat 3a(tak penah berlaku), 4 org tak silap aku dapat 2a, 8 org dapat 1a, n yg lain2 sekurang kurangnya m'dpt 4 c dan keatas. alhamdulillah skolah SMK SYED MASYOR mencatat sejarah stpm buat kali pertama sepanjang form 6 di tubuhkan, satu kejayaan yg sangat membanggakan. syukur atas kudrat mu ya Allah, dan tabik spring aku kepada rakan2 ku sekalian, kita berjaya buktikan kita sehebat mereka yg diluar. selang beberapa bulan selepas tuh, kami dapat brita ader hari anugerah kecemerlangan, so paham2 sendiri lah yer, mereka yg berjaya mengharumkan nama skolah dipanggil untuk menerima penghargaan dari pihak skolah, aku pown turut tersenarai as penerima adiah.

inilah kali pertama dalam hidup aku, aku menerima adiah dalam hari anugerah kecemerlangan, slalu aku tgk org naik pentas tapi kali ni, aku pulak yg naik pentas kecemerlangan, aku sangat terharu, tapi inilah rezeki allah atas kejayaan ku, usaha ku hanya asbab saja untuk aku berjaya.
teringat aku kata2 seoarang guruku di skolah agama dulu" saya nak tgk awak naik pentas amek adiah fitri" tapi malangnya, aku naik pentas kecermlangan di skolah lain bukan di skolah agamaku, tapi janji naiklah gak, mase amek adiah tuh aku paksa mak aku dtg, hahaha!!!

inilah aku dan rakan2 di pentas kecemerlangan:-





lihatlah dunia, kami dak2 form 6 pown bleh berjaya, siapa kata form 6 tade masa depan, org yg cetek ilmunya ttg form 6 yg berkata begitu, yg kononya taknak pakai baju skolah lagi yg sering berkata begitu, pepahal pown kami dah buktikan form 6 is da best choice if ur spm cannot make u get univercity, tak kira stam or stpm.

kepada rakan2 ku, mari kita bersama sama ke menara gading, yang kiat tunggu bertahun tahun sejak dari 2008 lagi, teoat 18 aribulan 6 ini, keputusan tawaran universiti akan keluar, ya Allah ko berilah aku dan rakan2 ku tempat di universiti, agar kami dapat sambung blaja untuk ilmu mu ya Allah kerena kau jua kami belajar Ya Allah. ayuh rakan2 kita buktikan skali lagi kehebatan kita yg diberikan allah ini kepada masyarakat, agar perspektif buruk mengenai form 6 dapat di ubah, kami dah berjaya di form 6 anda bila lagi? jom masuk form 6.

aku dan form 6(6) - "majlis graduasi"

salam hormat dan mesra dari saya ahmad fitri, cakkk!!! hah!!! terkejut ker? aku taw korang terkejut puye... sambungan dari penulisan dulu, tak silap aku... last skali aku tulis semua dak2 upper six dikejutkan dgn satu berita, kalau korang nak taw berita yg disampaikan ialah... hmmph, agak menarik gak ah... kami diberitahu akan ader majlis graduasi untuk pelajar2 form 6 stpm 2009, pehhh!!! sambutan dari rakan2 sangat masyuk, semua seronok wehh, ialah mane tak seronok nak graduate ni, membuktikan kitorang dah tamat sesi belajar kat SMK SYED MASYOR cuma sesi nak amek peperiksaan jer blom. semua tak sabo2 nak graduate, hahaha!!! tak sabo nak cuti awal, pas graduate gerak trus dari skolah, ske ske hati jer. kami dapat tahu nie, seminggu sebelum majlis akan diadakan, tyme tuh kami dtg skolah cuma nak ulangkaji ape yg patut, tanya teknik jawab ngan guru2 wat kali terakhir persiapan. yelah sebelum nak amek cuti ikut suka hati sebelum amek stpm, kene persiapkan diri betul2 dulu.

sehari sebelum majlis, kami dipanggil ke dewan... yelah nak wat persiapan ape yg patut, maner nak kene susun, ape yg kene buat, camner nak masuk dewan, semua kene atur bro... baru macam majlis graduasi dak2 pra u, tidak jadi majlis graduasi kanak2 tadika kemas ler jawabnya, inilah kitorang dak laki buat tyme sehari sebelum graduasi tuh:-





rajin kan kitorang? hahaha!!! memang dasar boss besar punyerr... nak buat camner, dah abes keje kitorang buat so lepak2 lah, rehat kan badan & rehat sebentar bersama kit kat. yg suh duduk nie pown cikgu mariana, beliau nak setting kusi bagi centre so dye suh kitorang duduk, paham2 lah bila dah suh duduk, memang kitorang duduk bebetul, slagi tak suh bgn tadenyer kitorang nak bangun, rezeki jgn ditolak maut usah di findkan, tapi inilah realitinya. wat ilek jer...

nak tunjukkan kesemangatan aku dan rakan2, balik jer skolah aku bersama 3 bersaudara yg lain, wan radzi, esyam n bob... mengatur langkah dan strategi bersama sama kami shopinggggg!!!!! kitorang shoping baju weh, baik punyerrr. so kitorang pown redah ler tempat shoping paling murah kat kl iaitu sogo, inilah jer tempat yg kitorang mampu, nak pegi pavillion mampu terliur jer, apatah lagi one utama tak terkata apa apa pon, hanya mampu melihat, tetapi di sogo macam mydin kitorang buat. ingat pompuan jer reti bershupin? laki pown kekkdg lagi hebat pada pumpuan bershupin. ttp hal shupin, kita gerak trus ker hari graduasi nun.

tibalah pada hari kejadian, aku tak brape nak ingat semenya, memula aku sampai seingat aku yg ada kat skolah cuma aku n arif(dak laki), pumpuan tak ingat lak baper ramai. aku ngan arif trus gerak ke bilik cikgu norzillah, itu jer port paling baik nak lepak, segan aku nak menonjolkan diri, lepak jerlah kat situ. tepat pukul 8.30 pagi, kami diarahkan berkumpul diluar dewan, buat persiapan terakhir, mane nak di make over di make overkan, mane nak di touch up di touch up kan, pastu kami diarahkan beratur bagi istiadat masuk dewan, lama gak ahh nunggu kat luar dewan, mencanak menunggu. tapi sabar berrr, inilah bukti kitorang nunggu :-

tengok diriku, sampai berpeluh peluh aku dibuatnyer. masa nielak matahari dah mencanak naik pehh panas tuh, naseb lerr sape yg dapat blakang tuh, masak lah korang.

sampai masa masuk dewan, kitorang pown masuk ler dewan. maka bermulalah majlis yg berprestij nie. inilah kali pertama aku menghadapi majlis sebegini, tak pernah aku alaminya sebelum ini, satu pengalaman yg tidak aku lupakan, inilah majlis yg membuktikan penghargaan pihak skolah kepada pelajar2 nya, setelah penat belajar. agenda dalam majlis ini ialah penyerahan sijil penghargaan kepada semua pelajar form 6 atas kerana telah tamat belajar di SMK SYED MASYOR. selain dari tu, ader gak penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar yg lulus penuh(4p) dalam trial dan pemberian hadiah kepada pelajar yg mendapat 4p cemerlang, 4p gemilang, 4p terbilang, as for me aku dapat hadiah bagi 4p gemilang, inilah yg menaikkan semangat aku nak all out study. alah bape bulan lagi jer pown, susah dulu senang kemudian, itulah prinsip aku pegang.

inilah muka2 yg sempat graduate as SMK SYED MASYOR student, yg bertahan hingga titsan darah terakhir.

bersama - sama kami juga ialah tenaga2 pengajar yg tidak pernah jemu dan penat untuk mengajar serta menasihati kami menjadi insan yg berguna buat agama, bangsa, dan negara. berkat tunjuk ajar mereka ramai diantara kami yg berjaya, dan mencipta sejarah di SMK SYED MASYOR. alhamdulillah, syukur syukur. nie lak gambar sisipan yg aku amek pas graduate saksikanlah!!!



just sisipan only, membuat pelbagai pose untuk kenang kenangan. tak disangka sangka majlis graduasi abes awal, tak silap aku pukul 11.45, kitorang lak blek masa tuh 1.10 ptg, uish lama tuh nak tunggu, so aku n rakan2 lain amek keputusan untuk mengatur langkah si pahlawan dgn slamber badak n slampit kitorang blah balik umah awal, ikut suka suki masing2, pastu yg bestnyer kitorng siap pegi slayang mall main boling, memasing dgn gaya stpm macam dah abes, hahaha!!! tapi itulah org katakan kenanangan berrrr..

so selang 2 minggu kami pown amek stpm, lama gak kami amek stpm 1 bulan, tade apelah kowt nak aku criterkan kat korang sumer pasal stpm nie, aku pown mase tuh tga pressure pekse, n kitorang pown dalam mood pekse lah nie. so rasenya dah abes dah criter aku dan form 6. inilah yang berlaku sepanjang 2 tahun aku meyepi, penyepian yg mengajar aku banyak mender dalam kehidupan. penyepian yg mengajar aku erti kehidupan yg sebenar dan penyepian yg mematangkan diri n pmikiran aku.

aku berharap dapat berjumpa kalian lagi kelak, semoga ukhwah yg dibina tidak akan dilupakan, disini aku sertakan serangkap pantun untuk kalian wahai rakanku.

mari memancing si ikan keli,
kita memancing di kolam ikan,
salah dan silap harap di maafi,
ukhwah yg terjalin jgn dilupakan.

wassalam....

Thursday, 3 June 2010

aku dan form 6(5) - "upper six"

salam mesra yo!!! aku kembali untuk menulis bagi tatapan umum, tapi bukan yg peribadi yer. aku menulis based on my experience, experience peribadi tak kuasa nak nulis, takut kontroversi naty. macam biasa kalau ader lower mesti ader upper, kalau ader kecik mesti ader besar, kalau ader tinggi mesti ader pendeknyer, same like STPM...ader lower six n upper six. kat upper six nielah banyak pengalaman aku dapat, pengalaman yg merubah insan bernama ahmad fitri, pengalaman yang mematangkan diri n pikiran insan ini, pengalaman yg mengajar insan ini erti kehidupan sebenar, pengalaman yg mengajar insan ini menjadi org yg berguna...kalau aku nak crite sumer kisah aku n rakan2 masa upper six nie, bleh buat buku aku rasa, so aku criter yg penting2 jerlah, yg cantik menarik tertarik ko memang da'bomb, ewah macam ruffedge lak. berbanding kehidupan form 5 dulu, terus terang aku katakan tak menarik sangat. tapi maser upper six nie, ya allah bestnyer tak terkata, kekdg bleh tersenyum aku keseorangan, seperti si gila & imaginasinya.

dak2 kelas aku pown makin berkurangan, lima org dah gerak... aku pon luper sape yg gerak, yg aku ingat mohd syafiq a.k.a ayop, sebab ayop nie ader sesuatu ttg beliau tuh yang aku ingat tuh,tapelah yop dah tade rezeki ko berjuang dgn kami, sebelum aku bercerita lebih lanjut ingin aku perkenalkan rakan2 seperjuanganku yg maseh di medan peperangan stpm, tgk jerlah:-

inilah muka pejuang2 yg masih kental untuk terus berjuang bermati-matian dalam peperangan menentang stpm ini, kami diketuai oleh siti aisyah mustafa as our panglima, n cikgu suria as our war guider, bersama-sama barisan pertahanan & serangan kami all out untuk menghadapi stpm.
selain cikgu suria our adviser are cikgu mariana, cikgu hafizah, cikgu ahsiah, cikgu mohd, cikgu rusminah, cikgu aizan, cikgu norzillah, teacher sabariah, teracher noridah yg slalu guide kami semua. memang best kalau ader org yg sentiasa menasihati kita, terasa diri ini seperti dihargai n disayangi. ok ok ok, selain kami... ader lagi satu kelas upper six, yg ni kelas perniagaan... mereka puye tentera lagi ramai, ramai yg tak terkata. kalah kami wok kalau berperangan dgn dorang nie, dari atas sampai bawah ramai2 belaka. inilah mereka yg aku maksudkan tgk sendiri ya...

inilah muka2 barisan kedua pejuang stpm, andai kata aku n rakan2 barisan pertama gugur syahid mereka yg akan truskan pejuangan kami, pehhh!! ayatku memang tip top, gaya macam nak pegi perang, pada hal nak amek stpm jer. so aku akan citer secara overall ketika di upper six, nak citer satu2 pehhh!!! penat beb, bek citer biasa biasa jer. seramai 59 org yg maseh jitu ketahanan mereka untuk amek stpm, yg lain ader yg dah syahid awal dah. kami still nak truskan gak, walaupun kekdg terasa perit di benak. rutin sebagai pelajar memang memenatkan, tak dinafikanlah, lagi2 form 6. ingat form 6 pegi skolah blajar jer ker? heh!! tidak sama skali, kami pon kene join koko gak, tapi yg anehnya... tiap kali koko susah nak jumpa muka dak2 form 6 nie, hahaha!!! mana pegi pon tak taw, yg ader pown beberapa kerat jer. macam contoh aku nie hah, maner penah pegi koko, ikut ske hati kelopak jantung aku jer nak pegi ke tak, macam skolah tuh aku ader share. tapi ape nak buat, diri ini dah malas nak join koko nie. bek aku layan tidur di petang hari malam lak aku nak study.

sebut pasal study, memang perubahan besar dan ketara yang berlaku keatas diriku. kalau tyme spm dulu, siyes aku cakap main2 weh... keje skolah cikgu bagi aram aku nak buat, aku dpt aku simpan, cikgu mintak aku bagi 1001 alasan, cikgu lak tak garang, memang aku ambil kesempatan abes abesan... tapi itu dulu, zaman keanak-anakkan aku, tapi tyme stpm nie, alhamdulillah..aku antara yg terajin(cehh!!! puji diri sendiri, ujub lak.. astagfirullah) semua keje cikgu bagi alhamdulillah malam jer aku buat, dah tade dah maen2 alasan, aku jadi org yg tak ske kepada alasan, dari keje bm, eko, am, sej, muet... semua aku tale buat, yelah nak jadi prg berjaya, ape kerja cikgu bg kene buat, baru jadi berkat, kalau tidak derhaka weh(bak kata cikgu mariana), macam2 hal lah. inilah diriku ketika stpm, belajar belajar dan belajar, aku tak mahu jadi org yg gagal lagi, cukuplah skali aku gagal.

teringat aku pesan cikgu mariana(beliau lagi? takut lak dye mintak royalti), "belajar pujuk hati kamu, semasa kamu malas nak belajar" & "sentiasa sandarkan kesusahan kamu kepada allah"
inilah antara pesanan2 beliau yg aku maseh ingat sampai sekarang, aku jadikan nasihat beliau sebagai semangat untuk aku belajar, aku sentiasa cuba buat ape yg dinasihati beliau, alhamdulillah aku dpt bertahan 3 jam untuk megulangkaji pelajaran, pehh!!!! bukan nak ujub tapi aku sedikit tersenyum sebab dulu tyme spm, setengah jam pown aku tak sampai nak study, tyme prep aku blaja kejap tidur yg lama. aku pown tak taw knape, tapi inilah hakikatnya. stpmlah yg mengajar aku erti berusaha utk berjaya, aku menjadi matang untuk belajar dan terus maju kehadapan, "berjalan mesti terus kedepan, jgn kebelakang" hahaha!!! iklan petronas yg memang ader meseg nya.

sepanjang setahun aku di upper six, pelbagai dugaan pelbagai ujian yg aku hadapi. ujian untuk aku mematangkan diri, ujian untuk merubah aku menjadi yg lebih baik, ujian untuk aku mengenal apa itu matlamat hidup. aku terasa sangat bersyukur kerana allah menempatkan aku di form 6, tak pernah sedikit pown aku menyesal. malah aku berbangga dengan diriku sendiri kerana dapat menjadi yg lebih baik, walaupun ianya sedikit. rakan2 di sekeliling ku yg mengajar aku untuk mematangkan diri, mengajar aku untuk bergaul dgn masyarakat, mengajar aku apa itu persahabatan. itulah rakan2 form 6 ku, walaupun 2 tahun aku mengenali kamu, sudah memadai aku terasa kenikmatannya persahabatan itu. terima kasih semua, kerana memberi aku pengalaman yg tak pernah aku alami ketika di sekolah agama dulu.

selama setahun juga aku betul2 menyepi dah rakan2 skolah agama dulu, tanpa berita dan khabar aku menyepikan diriku, aku blom bersedia untuk menghadapi kalian yg sudah berjaya di luar sana, aku sedang mempersiapkan diriku untuk membuktikan ahmad fitri juga boleh berjaya seperti kalian, "jangan sangka clear water no boya".

pejam celik... pejam celik... aku abes trial, keputusan trial aku agak membanggakan n aku cepat2 buat post mortem, bleh aku memperbaiki ape yg patut di saat akhir bulan2 sebelum peperiksaan, alhamdulillah kebanyakan keputusan trial aku, capai target yg aku buat, then trus aku buat target untuk stpm, aku menarget stpm aku 2A 2B. sambil aku target, sambil tuh aku berusaha serta bertawakal kepada allah, alhamdulillah solat hajat tak pernah aku tinggal, bulan bulan terakhir sebelum peperiksaan stpm, aku all out blajar, siang pagi petang malam... blaja blaja blaja, kerana ku sedar jika aku berjaya untuk diriku juga.

rasanya itu jer kowt, aku nak criterkan masa form 6 dulu, dah abes dah pown citer upper six.
tapi sebelum tuh aku dan rakan2 form 6 dikejutkan dengan satu berita, berita ape? hah, sperti biasa tunggu penulisan aku seterusnya, tungguuuu!!!


to be continued.......







(p/s: sila tinggalkan komentar anda yang bernas agar penulisan ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa)











Wednesday, 2 June 2010

aku dan form 6(4) - "P.E.R.T.I.N.A.M part 2"

seperti yang aku janjikan, aku akan ceritakan sambungannya. seminggu yg dijanjikan telah tiba. semua calon2 yg bertanding berdebar debar nak taw ape keputusan pilihanraya pertinam, cuak gak pown ader, masing2 tertanya tanya "apa jawatan aku yer?", "bleh ke menang?" dan macam2 lagi lah, seperti yg dijangkakan maka puan seri ayu bangkit untuk mengumumkan keputusan plihanraya, gegelku bertambah lagi, pada hal aku tak gegel pon aku rileks sebab aku taw, aku takkan jadi presiden, ramai lagi yg layak, such as hisyam n arif. dua2 nie muka lagi layak dari aku.
kusangakakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. saat cikgu ayu mengumumkan presiden pertinam, terasa pelik ditelingaku. "aik? pahal lak nama aku naik? takkan aku kowt presiden, setelah diamati, hmmph memang betul namaku, skali lagi aku dipilih untuk menjadi kapla kepada pertubuhan2 sebegini, kalau dulu aku jadi ketua pengawas, skang diplih ketua pertinam, terkasima aku seketika, "ya Allah, ini kah dugaan kau kepadaku?".

tertanya tanya dibenakku apakah ini semua?, "mengapa ini semua harus berlaku apakan ini kerna salah diriku".... bait2 lagu salemm, lagu ape aku tak ingat, aku blashah jer. saat aku menerima tanggungjawab ini, aku memikir "boleh ker aku jadi pemimpin dorang?", "nak ker dorang dgr cakap aku?", "aku nie dah lah tak bersosial puye orang, ya allah bantulah aku dalam kepimpinan ini", "boleh ker mereka menerima ku?", ya allah susahnya, aku ingatkan nak pencen dari jadi ketua2 nie, yg aku pikirkan nak blajar jer masa form 6, tapi suratan takdir aku redha ya Allah, jika itu suratan ku menjadi ketua, aku berusaha menjadi yang terbaik.

alhamdulillah, segala persoalanku tadi disangkal abes abesan. ternyata mereka menerima diriku seadanya, walaupun perit tapi nak taknak mereka kene terima gak, lantak korang lah!!! yg aku taw jom kita bekerjasama jadi yg terbaik dalam kepimpinan. aku tolong korang, korang tolong aku...cantik!!!... semua program besar2 di skolah, kamilah kene uruskan sambil dibantu oleh guru2, dari sambutan kemerdekaan, sambutan hari guru, n macam2 lagi. banyak yang aku blajar sepanjang menjadi pemimpin nie, berbeza di S.A.M.E.R dulu, aku menjadi ketua yg ntah pape n ketua yg diktator(kata rakanku thahar). tapi di form 6 aku lebih terbuka n lebih mudah merima pandangan, kami lebih banyak berbincang mencari penyelesaian, itulah yang aku belajar, pengalaman yg mematangkan diriku, pengalaman yg mematangkan pemikiran aku, pengalaman yang mengajar aku menjadi pemimpin yg sebenar. aku bersyukur kepadamu
ya Allah, kau menempatkan aku ditempat yang dapat mengajar aku erti kehidupan.

setahun aku memagang jawatan ini bersama rakan2, suka duka, gelak tawa dikongsi bersama. sama2 pening kepala nak buat program, sama2 letih buat kerja n sama2 mengharungi pelbagai dugaan yg mendatang. tanpa bantuan kau ya Allah, mungkin kami akan kalah dalam ujian ini, tepat bulan lapan 2009 aku dan rakan2 pertinam membubarkan kepimpinan kami, alhamdulillah amanah kini beralih tangan, kami yg lama dapat memfokuskan diri dalam pelajaran.

selain jadi pemimpin pertinam aku gak jadi pelajar form 6, yelah dah nama pown form 6 kan. lagi banyak yg berlaku sewaktu aku di upper 6, masa dah jadi abg besar, paling besar dalam skolah, seperti biasa korang kene tunggu next post, naik letih aku menulis nie cik kiah cik senah oiiii, nak taw ape jadi masa aku upper six, tgguuu post yang seterusnya......




to be continued.....





(p/s: sila tinggalkan komentar anda yang bernas agar penulisan ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa)

aku dan form 6(3) - "P.E.R.T.I.N.A.M part 1"

assalamulaikum, aku memaksa gak kudrat ku untuk menulis saat ini, menulis untuk dunia, menulis untuk agama, menulis untuk masyarakat, dan menulis untuk kepuasan diriku, agar aku bisa memberitahu dunia siapa diri ku, apa yang aku buat selama dua tahun menyepi ini. "Pertinam" satu nama yang aneh jika blom didengari oleh mana2 pihak, ape kebenda pertinam ni? makanan ker? minuman ker? sejenis motor ker? kereta buatan malaysia ker? parti politik ker? waduh2 apa en?, itulah persoalan jika kamu ajukan kepada mereka yg tidak mengenal STPM.

PERTINAM... satu pertubuhan n.g.o skolah yg didaftarkan khas untuk guru2 dan pelajar2 tingkatan 6, inilah persatuan yg melatih n mendidik pelajar2 untuk menjadi pemimpin yg berguna buat masyarakat, negara, dan agama, disini kami dilatih untuk menganjurkan pelbagai program di skolah. ada cerita menarik mengenai pertinam dan diriku, tergelak juga aku bila megenang kembali bagaimana aku boleh di calonkan untuk menjadi sebahagian darinya, macam2 hal lah. aku nak memperkenalkan mereka2 yg bersama sama dgnku melaksanakan n mengalas amanah & tanggungjawab ini, inilah wajah2 pemimpin yang sudah mengegar SMK SYED MASYOR dan bakal mengegar dunia, lihatlah kalian semua siapa kata pelajar form 6 enteng2 blaka, kalau mahu kami bisa mengegar dunia kepimpinan. inilah muka2 yg menjadi tulang belakang kepada persatuan ini, semuanya kacak2 n cantik belaka, bekerja tanpa merungut & tanpa mengenal erti penat lelah, sanggup melupakan semua aktiviti harian untuk bekerja, selain belajar kami juga menjadi pemimpin, walaupun untuk rakan2 tapi itu sudah memadai untuk kami belajar menjadi pemimpin, sambil dinasihati dan ditunjuk ajar oleh guru2 penasihat, puan mariana, puan seri ayu, n puan hazlina, merekalah yg banyak mengajar kami untuk memimpin, menasihati kami untuk menjadi pemimpin sebenar, alhamdulillah ape yg cikgu2 ajarkan akan kami ingati slalu. kepada :-

1. hisyam.
2. arif.
3. wan radzi.
4. azmi.
5. budin.
6. aisyah mustafa.
7. aisyah.
8. nadhzirah.
9. hidayah.
10. soleha.
11. ain fateha.
12. nabila.
13. liza.

seronok dapat bekerja sengan kalian semua, terima kaseh atas kerjasama yg diberikan, tanpa kamu siapalah diriku, tak mampu aku mengerakkan persatuan ini keseorangan, terima kasih skali lagi diatas pertolongan kalian, kamulah yg terbaik buat diriku, maaf jika aku menjadi ketua kalian yg tidak seperti diharapkan kerana aku hanyalah insan biasa, yg banyak kelemahan, n kekurangan, banyak yg aku pelajari daripada kalian semua, jika diberi peluang, aku mahu bekerjasama dengan kalian lagi, insyaallah panjang umur kita berjumpa lagi, jika pendek umur aku jumpa kalian di akhirat kelak.

scritttt!!!!..... terserius lak, choppp!!! hahaha!!! itu baru mukadimah cik kiah cik senah oi, yg nie baru criternye, ada criter yg menarik dalam pertinam ini, bagaimana aku menjadi antara org2 penting. kisahnya bermula masa aku lower 6, abes jer orientasi n selang beberapa bulan kami belajar, kami digemburkan dgn berita akan berlaku pilihanraya bagi memilih pemimpin pertinam yg baru, yelah upper 6 waktu tuh nak konsenteret study, so dorang nak bubar pertinam dgn segera, setelah mendapat perkenan guru penasihat, so bubarlah pertinam 07/08, so kami dipanggil untuk mencalonkan calon yg seswai bagi sesi 08/09, seingat aku ia dibuat di bilik tayangan, semua pelajar lower 6 n upper 6 berkumpul, bagi menaikkan nama calon yg mereka berkehendakan, sok..sek..sok..sek, tetiba cikgu mariana bersuara "ok saya nak pilih calon, saya pilih "ustaz" untuk bertanding" hah? ustaz? sape? lain tak bukan aku ler.. masa tuh cikgu mariana tak kenal nama aku lagi, biasalah penyepi maner org nak kenal, lagipun masa tuh aku blom pandai bersosial lagi. terkezut gak aku, bila namaku dipilih, baru jer calon... wat ilek dah. seramai 14 org telah dipilih bagi bertanding percalonan pertama n kedua, aku telah dicalonkan untuk bertanding jawatan percalonan kedua, kira aku nie calon kecik jerlah tak layak untuk pegang lebih2, ramai lagi yg layak.

selesai pencalonan, minggu depannya ada pulak penamaan calon. alamak kene berucap tuh, berpeluh aku mendengar kene berucap, itulah perkara yg paling aku takut, takat jadi M.C no hal lagi, bab berucap nie payah dik oi, mau mengegel badan dibuatnya. tiba jer hari penamaan calon, aku dan rakan2 dah siap dgn text masing2, siap dengan manifesto memasing. macam2 manifesto ada, sek bek turunkan harga minyak tade, kang pelik2 jer kang. as for me, my manifesto just simple present tense, hahaha!!! ada kene mengena ker? aku cuma berjanji akan mencuba yg terbaik untuk menjadi pemimpin, nak cakap lelama kang takut lari topik lak kang, susah lak nak kejar. so ape aku cakap pown aku tak paham, blashah jerlah asalkan aku berucap. naseb kalian semua lah dengar aku merepek kat depan. selesai penamaan calon kami kene berkempen, kene tampal poster. best wok pengalaman ni, semua calon2 bertanding bekerjasama menampal poster, satu skolah kitorang memarketkan diri kitorang. dengan harapan bleh pancing undi naty kalau menang bleh dapat projek, masyuk!!! puyer.. hihihi!!! gurau jer. tade projek2 nyer, kalau menang amanah tinggi berrr. kami diberi temph masa 1 minggu untuk berkempen, ada kempen ker? setaw aku tampal poster jer, melawat masyarakat skolah tade lak, diam2 sudey.

hmmph, tunggu punya tunggu bulan tak timbul2, itu skrip seniman bujang lapok daaa... so tunggu puya tunggu, sampailah hari mengundi, semua yang didaftarkan untuk mengundi berkumpul di bilik tayangan, dengan bersaksikan lampu n kipas serta aircond, berlakulah proses pengundian yang dimulakan dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdulillah. banyak lah ko, ia dimulakan dengan pengundian oleh puan pengetua dan diikuti oleh guru2 lain, seterusnya senior upper6, rakan2 dan akhir skali kami sebagai calon pon kene mengundi, tapi aku tak ngundi diriku seingat aku aku undi percalonan pertama "hisyam" & percalonan kedua "wan radzi", peti undi di buka sehingga pukul 4.30 ptg, selesai proses pengundian maka ahli2 spr pown membawa peti undi untuk proses pengiraan, tapi.... keputusan bukan hari tuh gak, seminggu kami kene tggu, dalam seminggu tuh masing2 dgn andaian sendiri, "dier ni kowt presiden", "taklah dier nie lah", "ape lak? bukan dier tuh ker?" adoyai macam2 hal, sabarlah nyer... nak taw ape kesudahannya? macam biasalah aku nie ske unsur suspen, korang kene bacerlah next post aku, kang boring naty aku tulis bebyk so, see in the next post.



to be continued...





(p/s: sila tinggalkan komentar yang bernas agar penulisan ini boleh diperbaiki dari semasa kesemasa)









aku dan form 6(2) - "di lower 6"

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tapi tahun still same iaitu 2008, permulaan kepada satu perubahan, saat ni aku still lagi lower six, still lagi terpinga-pinga dalam arena stpm nie, blaja pown blom menampakkan lagi ketekunannya, baru nak panas enjin katekan.... mane bleh start enjin trus gerak, mau kasi panas.. org kater slow2 lah dulu. hahahaha!!! yang best waktu nie aku dapat lagi seorang rakan baru, "ahmad syazwan afiq bin abdul karim", anak cikgu nie woi!!! tapi pendiam abes, lagi diam dari aku, hahahaha!!! nie rakan sebelah aku ketika itu, waktu tuh aku dalam kelas lelaki 7 org n pompuan dalam 23 org tak silap aku, biasalah memula memang ramai, dah nak akhir tahun slow2 dorang kuar, just tinggal beberapa ker...

inilah muka2 dak kelas aku dulu masa lower six, kami semua kelas 6 bawah 1:
ramai bukan? hah, inilah mereka yang mula2 mendaftar untuk berjuang di alam form 6 nie, bukan senang cik senah..cik kiah oi nak amek keputusan sebegini, tgk muka dak2 laki dye, semua brado2 tapi... alah bang pakai baju skolah ker? hahahaha!!! buat malu ler bang, org lain nah ko pegi kelas pakai baju biasa abg2 nie pakai baju skolah ahahaha!!!, senang jer aku jawab "ada aku kesah?", hahaha!!! tgk pulak dak2 pompuan dye, semuanya ayu n manis gituh, hahaha!!! nie dah puji takkan tade pape kowt? hihihihi... muka semua dah bleh jadi ibu2 org dah, tapi hmmphhh still pakai baju skolah, hahaha!!! apelah nie, tapi study puye pasal, dibiarkan perasaan malu nie, dikuatkan semangat untuk terus berjuang, untuk menjadi seorang yang berguna buat agama, bangsa, n negara(cewahh!!!! ayat tak leh blah)

aku dan rakan2ku, terus berusaha menjadi seorang insan, insan yang dahagakan perubahan, banyak suka dan duka dikongsi bersama dalam menharungi liku2 kehidupan sebagai seorang pelajar form 6, lagi2 ketika ini kami baru lower six. sepanjang tempoh perkenalan banyak perkara yang berlaku, bukan senang nak membina ukhwah yang jitu, lagi2 rakan2 dtg dari skolah yang berbeza, as for me, aku dtg dari skolah yg berlatarbelakangkan pendidikan agama, segan aku dibuatnya woi, org kata dak skolah agama nie baik2 yer ker? baik ker? alim ker? itu org kata, tapi aku kata, dak skolah agama ker, dak smk ker.. same jer. dua2 manusia, yg membezakan hanyalah ilmu yg dimiliki n ketaatan kpd allah, ader juga yg bersekolah agama lagi teruk pangainya dari budak2 smk, itu yang aku kesalkan sangat tuh "tapi bukan akulah, aku nie tahap suam2 kuku" tak baik sangat, tak jahat sangat. ada juga dak smk yg baik akhlaknya dari dak skolah agama, ini yg paling aku respek, wa salute lu bro!!! hahahaha!!! berbalik kpd crita aku di lower 6. walupun skolah 6 bulan jer, aku terasa seperti berlaku perubahan yg positif, aku tidak lagi keseorangan, aku dah ramai rakan!!! ini yg best, kalu tidak sengsowang aku hidup di muka bumi batang kali hak milik allah ni, alhamdulillah ramai yg sudi berkawan dgnku, dan aku bersyukur di atas nikmat ini, kata org berkawan biar seribu bercinta biar satu, so memang betullah kata org tuh, sape yang kata yer? aku pon tak taw.

dipendekkan crita, berlaku satu perkara yang tak di duga dalam sejarah sepanjang penubuhan form 6 di SMK SYED MASYOR, apa yang berlaku? ape cer? ape kes nie? hmmph, ape yer? so tgguuuuuu!!!



to be continued......




(p/s: sila tinggalkan sebarang komentar yang bernas agar penulisan ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa)

Tuesday, 1 June 2010

aku dan form 6(1)

teringat aku ketika saat mendaftarkan diri ke form 6, terkontang kanting aku keseorangan tanpa teman atau rakan, tanpa kehadiran ibubapku disisi(woi!!! dah besarlah pegi daftar sendiri sudey) hahaha!! maen2 jer, tapi yg penting aku memang keseorangan, dah lah aku jenis pendiam dtg lak tmpt yg asing bg diriku, memang membisu truslah, tak tahu nak cakap ape... diam puye diam dtg lah sorang member nie, nama dye abdul wahid, hahaha!!! tegur aku then bermulalah sebuah perkenalan, selain dye insan2 lain yg aku kenal n sampai skang berhubung ialah bob, esyam, yazid, wan radzi, n ayop, tapi malangnya wahid tak lama, kejap jer dye skolah, tyme upper six dye blah. mereka inilah insan2 yg aku kawan ketika itu, pehh!!!! masuk air gak dak2 nie, lagi2 bob, aku yg baru dye kenal pown dye bahan gak, tapi itu sumer gurauan der, memang kitorang tergelak abes lah.

paling aku tak leh lupakan ialah masa taklimat pengajian am sewaktu orietasi, hahaha!!! ini sumer sebab duduk depan puye pasal, ader sorang cikgu ni nama dye puan mariana, rock giler beb, tapi best blaja ngan dye, byk nasihat2 yg berguna aku dan rakan2ku dapat n still sampai skang aku maseh ingat akan nasihat2 dye. cikgu marianalah insan yng pertama yang gelar diriku ustaz, hahaha!!! senyum aku biler beliau panggil aku bgtuh, pada hal ilmu kat dadaku tade byk sangat, takut pown ader gak, kang org ingat byk ilmu lak, pada hal aku ngan member2 form 6 same jer, cuma aku lebih skit jer dari dorang, hahahaha!!! memang klaka tol.

abes orientasi, macam biasa masuk kelas, hmmph maka study aku bermulalah di form 6, aku mendaftarkan diri untuk mengambil jurusan ekonomi(memang minat nie) n sampingan dye sejarah(paling aku minat) n bahasa malaysia(dulu bahasa melayu), pehh penat gak blajar nikan, lagi2 maser tuh dah 6 bulan aku tak blaja, skali masuk klas, blurrr wehh!!

tapi disebalik kegembiraan ini, tersorok criter yang sedih. hmmph aku still dihina n dikeji oleh beberapa org, but not my pren of course. sebaik saja aku nak amek stpm ramai yang terkejut, ada
yang cakap " stpm susahlah", ada juga cakap "ko amek stpm? hahaha!!! bleh ker? spm ko bukan bagus sangat", ader yg cakap "baik ko amek ipts, ko bukan hebat nak amek stpm", hatiku berkata
"hmmph, lantak ko lah nak cakap ape, korang bukan tuhan nak tentukan masa depan aku". aku jadikan ini sebagai semangat untuk aku blajar, semangat untuk aku bangkit berubah, n semangat untuk aku jadi seorang yang baru n tak mahu gagal lagi. so aku tetap truskan dengan keputusan aku untuk amek stpm, lantak ape org nak cakap, n aku yakin allah ta'ala sentiasa ada disisiku.

to be continued......


(p/s: sila tinggalkan sebarang komentar yang bernas agar penulisan ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa)

bermulanya satu penyepian.

yeah!! jari jemariku sudah mula panas untuk menulis, otakku sudah mula memanaskan enjin nya untuk idea2 mencurah seperti ke dalam landang gandum, akhirnya pop!! jadilah ko ko crunch hahahaha!!! alhamdulillah akhirnya datang gak ilham dari allah, sempat gak sorang rakanku(dirahsiakan nama) nyanyi lagu man bai, kau ilhamku, hahaha!! sengal dak nie. ada yang best disebalik tajuk nie, bagaimana insan yang bernama ahmad fitri boleh menyepi dari rakan2 lamanya, hahaha!!! sengal aku makin nak menjadi.

aku mula menyepi tatkala abes graduate spm 2007, abes jer paper last aku trus menyepi dari rakan2, menghilangkan diri entah kemana, tanpa sebarang berita ataupun cerita, mendiamkan diri seperti sibisu bersama terung2 nyer, hah??!! ader ker? hahaha!!! aku kesah ape.....
diam2 tak diam, result spm kuar... hah!!! sengal keputusan ku, tak macam rakan2 yang lain yang mantop2 keputusannya, dah dapat reslut ape lagi blah ahh!!! malu tak terkira aku ketika tu, ape nak buat pulut dah jadi tapai, nak taknak terima jerlah, tyme skolah dulu cikgu ngajar depan, aku lak sedap2 pegi pusat snooker, kekadang aku pegi pusat selam(kalau yg x paham maksud nyer tidur), padan muka sendiri lah, lagi nak dijadikan crita, tyme keputusan tawaran universiti satu hapa aku tak dpt, sungguh malang nasib ku, skali lagi padan muka buat diriku, satu hentaman hebat buat benak ku, satu tamparan yang boleh menyengetkan mukaku yg cute, hahaha!!! termasuk bakul angkat sendiri plak, terlebey sudey... kawan2 ku lak, ramai yg dapat offer, pehh sakit diriku tidak terkira, malaunya diriku jgn diambil tahu, rasa nak nyorok jer biler dorang tanya, "ko dpt maner?" ape nak jawab? aku diamkan diri jerlah, pandai2 korang pikir, pikir puye pikir aku amek keputusan redah jerlah STPM, mane taw ader rezeki allah kat sini, maka berlakunya satu penyepian secara rasmi...

tatkala aku mendaftarkan diri ke tingkatan 6, maka bermulalah aku menyepikan diri dari rakan2 ku secara rasmi, bukan nak nyombong tapi malu derrrr, korang dapat u... aku x dpt pape, mane nak letak muka? skali lagi diriku diuji apabila amek form 6 kat smk biasa, takut gak aku, ish org kata dak smk nie jahat2 blaka, ya allah lindungilah aku ya allah, jgn ko menjerumuskan diriku untuk jadi seperti mereka, tapi tertanya tanggapan aku salah terhadap mereka(dak2 smk), betul kata pepatah "tak kenal maka tak cinta", semuanya baik2 belaka n still mempunyai akhlak sebagai seorang melayu islam, ya alla aku bersyukur terhadapmu ya allah, pehhh!!! lega hatiku bila tgk perangai sebenar dak2 smk nie, tak spt yang diperkatakan, mungkin sebab smk aku nie kat kawasan kg, so nilai2 akhlak melayu still ada, so ape lagi... dah daftar form 6 aku pown menyepi lah, hahaha!!! semenya nak crita aku mula meyepi tyme form 6, hahaha!!! itu jer, yang lain2 tuh tade pape sgt pown, mau kasi warm up otakku, banyak lagi aku nak tulis, aku nak tulis ttg pengalaman yang mengubah insan yang bernama ahmad fitri bin aziz...


(p/s: sila tinggalkan sebarang komentar yang bernas agar penulisan ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa)

Monday, 31 May 2010

pengenalan buat "aku yang menyepi"

salam mesra semua,
alhamdulillah dapat gak aku buat blog aku nie,
sebenarnya dah lama aku nak buat tapi apakan daya,
diriku terlalu sebuk dengan peperiksaan stpm dulu,
so aku amek keputusan terjah jerlah buat blog nie,
pada tade pape nak buat bek aku mengarang...
orang kata tak kenal maka tak cinta,
so aku akan memperkenalkan diriku yang selalu menyepi ini,
"aku yang menyepi" memang sesuai dengan diriku yang selalu meyepi,
bukan saja2 aku menyepi tetapi atas sebab2 tertentu,
"waaah!!!!! macam artis lah menyepi" inilah kata rakan2 ku apabila
aku mengeluarkan kenyataan ku, tetapi inilah kebenaran,
sang artis menyepi untuk memperbaiki diri mereka, tahu2 bila muncul
nah kau banyak perubahan yang berlaku, lagu sang artis pown makin meletup.
sebegitu juga diriku, tetapi berbeza aku dan mereka aku menyepi sebagai seorang islam yang
mencari erti kehidupan...

namaku ahmad fitri bin aziz, tanggal 30/4/1990 aku dilahirkan oleh ibuku di Pusat Rawatan Islam, aku telah diuji oleh allah sejak dari bayi lagi, ayahku kata aku mengalami gangguan pernafasan apabila sudah selamat dikeluarkan dari rahim ibuku, menurut ayah... aku tak dapat bernafas n muka aku dah jadi kebiru biruan (macam hulk, tapi versi kaler biru) hahaha!!! alhamdulillah allah mendengar doa ibubapa aku, so aku aku dipanjangkan umur hingga sekarang, bleh mati wohhhh tak dapat bernafas, otak pown bleh kene efek, tetapi allah tidak menjadikan aku sebegitu, bahkan aku membesar dengan penuh sihat sehingga sekarang, umur pown dah 20 tahun, orang kata kalau kahwin dah dapat anak, hahahaha!!! klaka aku dengar statement sebegini, nak beli topup 3 hengget pon aku mintak duit mak n ayah aku, ni nak minang anak org? hahaha!!! buat kene gelak org jer... tinggal di batang kali bersama-sama org tuaku dan 3 org adik yang lain.
..xxxx aku seorang yang hepi n sometime quit emotional, sejak 2 tahun kebelakangan ni aku lebih memendam perasaan aku... kalau dahulu aku lantang bersuara ketika disekolah n sometime ada yang sakit hati atas kelantangan aku, bila masuk jer form 6 aku menjadi seorang yang pendiam n hanya senyum sahaja...walaupun dalam hati ku pehhh!!! hati sakit macam ditusuk n disiat siat, tapi tapelah aku guna jer konsep "sendiri makan n sendiri telan" malas nak layan mereka2 yang suka menang, bek aku pendamkan jer perasaan, alhamdulillah ada insan yang allah hantar untuk mendengar luahan ku, hahaha!!! dengar? padahal by sms jer...
aku paling tak suka org yang ske cakap hal org lain blakang2 selagi tak melibatkan diri aku, memang siyes aku nyampah n aku taknak kawan(buat dosa jer tak pasal2), so Lu Pikirlah Sendiri!!! ini jer kowt aku nak cerita pasal diri aku, bleh korang kenal aku, hahaha!!! so jangan boring baca penulisan aku ini, "aku yang menyepi" tidak akan mengecewakan peminatnya, ecehhh!!!! blom pape2 dah jadi ntah pape, hahaha!!! ok itu jer, salam...