dak2 kelas aku pown makin berkurangan, lima org dah gerak... aku pon luper sape yg gerak, yg aku ingat mohd syafiq a.k.a ayop, sebab ayop nie ader sesuatu ttg beliau tuh yang aku ingat tuh,tapelah yop dah tade rezeki ko berjuang dgn kami, sebelum aku bercerita lebih lanjut ingin aku perkenalkan rakan2 seperjuanganku yg maseh di medan peperangan stpm, tgk jerlah:-
selain cikgu suria our adviser are cikgu mariana, cikgu hafizah, cikgu ahsiah, cikgu mohd, cikgu rusminah, cikgu aizan, cikgu norzillah, teacher sabariah, teracher noridah yg slalu guide kami semua. memang best kalau ader org yg sentiasa menasihati kita, terasa diri ini seperti dihargai n disayangi. ok ok ok, selain kami... ader lagi satu kelas upper six, yg ni kelas perniagaan... mereka puye tentera lagi ramai, ramai yg tak terkata. kalah kami wok kalau berperangan dgn dorang nie, dari atas sampai bawah ramai2 belaka. inilah mereka yg aku maksudkan tgk sendiri ya...

sebut pasal study, memang perubahan besar dan ketara yang berlaku keatas diriku. kalau tyme spm dulu, siyes aku cakap main2 weh... keje skolah cikgu bagi aram aku nak buat, aku dpt aku simpan, cikgu mintak aku bagi 1001 alasan, cikgu lak tak garang, memang aku ambil kesempatan abes abesan... tapi itu dulu, zaman keanak-anakkan aku, tapi tyme stpm nie, alhamdulillah..aku antara yg terajin(cehh!!! puji diri sendiri, ujub lak.. astagfirullah) semua keje cikgu bagi alhamdulillah malam jer aku buat, dah tade dah maen2 alasan, aku jadi org yg tak ske kepada alasan, dari keje bm, eko, am, sej, muet... semua aku tale buat, yelah nak jadi prg berjaya, ape kerja cikgu bg kene buat, baru jadi berkat, kalau tidak derhaka weh(bak kata cikgu mariana), macam2 hal lah. inilah diriku ketika stpm, belajar belajar dan belajar, aku tak mahu jadi org yg gagal lagi, cukuplah skali aku gagal.
teringat aku pesan cikgu mariana(beliau lagi? takut lak dye mintak royalti), "belajar pujuk hati kamu, semasa kamu malas nak belajar" & "sentiasa sandarkan kesusahan kamu kepada allah"
inilah antara pesanan2 beliau yg aku maseh ingat sampai sekarang, aku jadikan nasihat beliau sebagai semangat untuk aku belajar, aku sentiasa cuba buat ape yg dinasihati beliau, alhamdulillah aku dpt bertahan 3 jam untuk megulangkaji pelajaran, pehh!!!! bukan nak ujub tapi aku sedikit tersenyum sebab dulu tyme spm, setengah jam pown aku tak sampai nak study, tyme prep aku blaja kejap tidur yg lama. aku pown tak taw knape, tapi inilah hakikatnya. stpmlah yg mengajar aku erti berusaha utk berjaya, aku menjadi matang untuk belajar dan terus maju kehadapan, "berjalan mesti terus kedepan, jgn kebelakang" hahaha!!! iklan petronas yg memang ader meseg nya.
sepanjang setahun aku di upper six, pelbagai dugaan pelbagai ujian yg aku hadapi. ujian untuk aku mematangkan diri, ujian untuk merubah aku menjadi yg lebih baik, ujian untuk aku mengenal apa itu matlamat hidup. aku terasa sangat bersyukur kerana allah menempatkan aku di form 6, tak pernah sedikit pown aku menyesal. malah aku berbangga dengan diriku sendiri kerana dapat menjadi yg lebih baik, walaupun ianya sedikit. rakan2 di sekeliling ku yg mengajar aku untuk mematangkan diri, mengajar aku untuk bergaul dgn masyarakat, mengajar aku apa itu persahabatan. itulah rakan2 form 6 ku, walaupun 2 tahun aku mengenali kamu, sudah memadai aku terasa kenikmatannya persahabatan itu. terima kasih semua, kerana memberi aku pengalaman yg tak pernah aku alami ketika di sekolah agama dulu.
selama setahun juga aku betul2 menyepi dah rakan2 skolah agama dulu, tanpa berita dan khabar aku menyepikan diriku, aku blom bersedia untuk menghadapi kalian yg sudah berjaya di luar sana, aku sedang mempersiapkan diriku untuk membuktikan ahmad fitri juga boleh berjaya seperti kalian, "jangan sangka clear water no boya".
pejam celik... pejam celik... aku abes trial, keputusan trial aku agak membanggakan n aku cepat2 buat post mortem, bleh aku memperbaiki ape yg patut di saat akhir bulan2 sebelum peperiksaan, alhamdulillah kebanyakan keputusan trial aku, capai target yg aku buat, then trus aku buat target untuk stpm, aku menarget stpm aku 2A 2B. sambil aku target, sambil tuh aku berusaha serta bertawakal kepada allah, alhamdulillah solat hajat tak pernah aku tinggal, bulan bulan terakhir sebelum peperiksaan stpm, aku all out blajar, siang pagi petang malam... blaja blaja blaja, kerana ku sedar jika aku berjaya untuk diriku juga.
rasanya itu jer kowt, aku nak criterkan masa form 6 dulu, dah abes dah pown citer upper six.
tapi sebelum tuh aku dan rakan2 form 6 dikejutkan dengan satu berita, berita ape? hah, sperti biasa tunggu penulisan aku seterusnya, tungguuuu!!!
to be continued.......
(p/s: sila tinggalkan komentar anda yang bernas agar penulisan ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa)
No comments:
Post a Comment