Friday, 4 June 2010

aku dan form 6(6) - "majlis graduasi"

salam hormat dan mesra dari saya ahmad fitri, cakkk!!! hah!!! terkejut ker? aku taw korang terkejut puye... sambungan dari penulisan dulu, tak silap aku... last skali aku tulis semua dak2 upper six dikejutkan dgn satu berita, kalau korang nak taw berita yg disampaikan ialah... hmmph, agak menarik gak ah... kami diberitahu akan ader majlis graduasi untuk pelajar2 form 6 stpm 2009, pehhh!!! sambutan dari rakan2 sangat masyuk, semua seronok wehh, ialah mane tak seronok nak graduate ni, membuktikan kitorang dah tamat sesi belajar kat SMK SYED MASYOR cuma sesi nak amek peperiksaan jer blom. semua tak sabo2 nak graduate, hahaha!!! tak sabo nak cuti awal, pas graduate gerak trus dari skolah, ske ske hati jer. kami dapat tahu nie, seminggu sebelum majlis akan diadakan, tyme tuh kami dtg skolah cuma nak ulangkaji ape yg patut, tanya teknik jawab ngan guru2 wat kali terakhir persiapan. yelah sebelum nak amek cuti ikut suka hati sebelum amek stpm, kene persiapkan diri betul2 dulu.

sehari sebelum majlis, kami dipanggil ke dewan... yelah nak wat persiapan ape yg patut, maner nak kene susun, ape yg kene buat, camner nak masuk dewan, semua kene atur bro... baru macam majlis graduasi dak2 pra u, tidak jadi majlis graduasi kanak2 tadika kemas ler jawabnya, inilah kitorang dak laki buat tyme sehari sebelum graduasi tuh:-





rajin kan kitorang? hahaha!!! memang dasar boss besar punyerr... nak buat camner, dah abes keje kitorang buat so lepak2 lah, rehat kan badan & rehat sebentar bersama kit kat. yg suh duduk nie pown cikgu mariana, beliau nak setting kusi bagi centre so dye suh kitorang duduk, paham2 lah bila dah suh duduk, memang kitorang duduk bebetul, slagi tak suh bgn tadenyer kitorang nak bangun, rezeki jgn ditolak maut usah di findkan, tapi inilah realitinya. wat ilek jer...

nak tunjukkan kesemangatan aku dan rakan2, balik jer skolah aku bersama 3 bersaudara yg lain, wan radzi, esyam n bob... mengatur langkah dan strategi bersama sama kami shopinggggg!!!!! kitorang shoping baju weh, baik punyerrr. so kitorang pown redah ler tempat shoping paling murah kat kl iaitu sogo, inilah jer tempat yg kitorang mampu, nak pegi pavillion mampu terliur jer, apatah lagi one utama tak terkata apa apa pon, hanya mampu melihat, tetapi di sogo macam mydin kitorang buat. ingat pompuan jer reti bershupin? laki pown kekkdg lagi hebat pada pumpuan bershupin. ttp hal shupin, kita gerak trus ker hari graduasi nun.

tibalah pada hari kejadian, aku tak brape nak ingat semenya, memula aku sampai seingat aku yg ada kat skolah cuma aku n arif(dak laki), pumpuan tak ingat lak baper ramai. aku ngan arif trus gerak ke bilik cikgu norzillah, itu jer port paling baik nak lepak, segan aku nak menonjolkan diri, lepak jerlah kat situ. tepat pukul 8.30 pagi, kami diarahkan berkumpul diluar dewan, buat persiapan terakhir, mane nak di make over di make overkan, mane nak di touch up di touch up kan, pastu kami diarahkan beratur bagi istiadat masuk dewan, lama gak ahh nunggu kat luar dewan, mencanak menunggu. tapi sabar berrr, inilah bukti kitorang nunggu :-

tengok diriku, sampai berpeluh peluh aku dibuatnyer. masa nielak matahari dah mencanak naik pehh panas tuh, naseb lerr sape yg dapat blakang tuh, masak lah korang.

sampai masa masuk dewan, kitorang pown masuk ler dewan. maka bermulalah majlis yg berprestij nie. inilah kali pertama aku menghadapi majlis sebegini, tak pernah aku alaminya sebelum ini, satu pengalaman yg tidak aku lupakan, inilah majlis yg membuktikan penghargaan pihak skolah kepada pelajar2 nya, setelah penat belajar. agenda dalam majlis ini ialah penyerahan sijil penghargaan kepada semua pelajar form 6 atas kerana telah tamat belajar di SMK SYED MASYOR. selain dari tu, ader gak penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar yg lulus penuh(4p) dalam trial dan pemberian hadiah kepada pelajar yg mendapat 4p cemerlang, 4p gemilang, 4p terbilang, as for me aku dapat hadiah bagi 4p gemilang, inilah yg menaikkan semangat aku nak all out study. alah bape bulan lagi jer pown, susah dulu senang kemudian, itulah prinsip aku pegang.

inilah muka2 yg sempat graduate as SMK SYED MASYOR student, yg bertahan hingga titsan darah terakhir.

bersama - sama kami juga ialah tenaga2 pengajar yg tidak pernah jemu dan penat untuk mengajar serta menasihati kami menjadi insan yg berguna buat agama, bangsa, dan negara. berkat tunjuk ajar mereka ramai diantara kami yg berjaya, dan mencipta sejarah di SMK SYED MASYOR. alhamdulillah, syukur syukur. nie lak gambar sisipan yg aku amek pas graduate saksikanlah!!!



just sisipan only, membuat pelbagai pose untuk kenang kenangan. tak disangka sangka majlis graduasi abes awal, tak silap aku pukul 11.45, kitorang lak blek masa tuh 1.10 ptg, uish lama tuh nak tunggu, so aku n rakan2 lain amek keputusan untuk mengatur langkah si pahlawan dgn slamber badak n slampit kitorang blah balik umah awal, ikut suka suki masing2, pastu yg bestnyer kitorng siap pegi slayang mall main boling, memasing dgn gaya stpm macam dah abes, hahaha!!! tapi itulah org katakan kenanangan berrrr..

so selang 2 minggu kami pown amek stpm, lama gak kami amek stpm 1 bulan, tade apelah kowt nak aku criterkan kat korang sumer pasal stpm nie, aku pown mase tuh tga pressure pekse, n kitorang pown dalam mood pekse lah nie. so rasenya dah abes dah criter aku dan form 6. inilah yang berlaku sepanjang 2 tahun aku meyepi, penyepian yg mengajar aku banyak mender dalam kehidupan. penyepian yg mengajar aku erti kehidupan yg sebenar dan penyepian yg mematangkan diri n pmikiran aku.

aku berharap dapat berjumpa kalian lagi kelak, semoga ukhwah yg dibina tidak akan dilupakan, disini aku sertakan serangkap pantun untuk kalian wahai rakanku.

mari memancing si ikan keli,
kita memancing di kolam ikan,
salah dan silap harap di maafi,
ukhwah yg terjalin jgn dilupakan.

wassalam....

No comments:

Post a Comment